Tuesday 29 November 2011

BUNYI APAKAH ITU....

 
sedapnyeee kalau dapat tidoq waktu waktu macam ni, baru dok gaya gaya nak tarik kain selimut, aku dengaq bunyi sesuatu... bunyi yang kuat sangat... bukan bunyi orang berkelahi atau bunyi orang menempik... juga bukan bunyi yang dok mengilai ngilai... tapi ni adalah bunyi macam enjin gitu... enjin macam mana ekk aku nak terang... ahh, imagin sendirilah...

haaaa.... bunyi ni lebih kurang macam bunyi alat yang orang dok potong jalan tu... aku tengok jam, la ni baru pukoi 5 pagi... uiii, lama jugak aku dok berinternet... dah la aku nak kena bangkit awai... mangkok hayun mana la pulak yang dok buat hingaq pagi pagi buta ni... aku nak membuta pun tak boleh... aku buka tingkap dapoq, try usha usha tengok mai kot mana bunyi tu, cari punya cari tapi tak jumpa... tak penah pulak aku dengaq bunyi macam ni... tak dak nampak benda apa pun... pelik jugak...

dok rasa bunyi macam mai kot belah depan pulak,sebab bunyi tu dengaq lagi kuat... aku pi la kat balcony pulak... cari punya cari, perati punya perati, setelah aku betul betul amati, rupa rupanya bunyi tu mai dari toyota hilux kot kalau tak salah tengok la... maklumla, malam kelam buta mana nak nampak sangat... ni kalau bini aku tengok lagi la tak nampak, maklum la, dia rabun.... hehehehe...

aku mula nak jerkah dah dari tingkat 8 umah aku ni, kalau depa tak dengaq jugak, mau kena tengalong dengan botoi ayaq... tak dan aku nak jerkah, aku nampak asap putih dok bekepoi kepoi...

oooooo..... jabatan kesihatan rupanya.... mai dok semboq ubat nyamuk.... awat la hampa mai dok semboq waktu waktu macam ni... ni waktu orang tidoq, GANGGU KETENTERAMAN namanya ni...
pilih la waktu yang sesuai... kerja hampa tu baguih, tak salah... cuma waktu tu yang tak kena...

kuat oooo bunyi mesin tu.... aku yang dok tingkat 8 ni pun boleh dengaq bunyi mesin tu, macam mana dengan orang dok tingkat bawah bawah tu... tapi tak pa la, harap harap semua nyamuk tu mampoih...

mana aku nak pindah pulak lepas ni,tadi kena semboq kawww punyaa...

P/S : kepada pihak yang berkenaan, tolong la pilih waktu yang sesuai untuk buat penyemburan racun nyamuk tu... ni dah di kira mengganggu ketenteraman orang nak membuta, nak dibuai mimpi mimpi indah... bini aku lah tu,dok kira mimpi indah ja....cettt...

Monday 28 November 2011

SERVIS MACAM HAMPEHH....




haprakkkk punya company...cerittt kuat aihhh

ni kisah pasai sebuah syarikat perabot ngan perkakas letrik yang bagi pelanggan dia beli barang barang dengan hutang, nak bayaq cash pun boleh jugak... syarikat ni selalu iklankan barang barang depa kat dalam tv, separuh harga la, paling murah la, macam macam la depa dok muhong... bukan takat dalam tv ja iklan depa ni, dalam surat habaq pun ada, dalam post box aku penuh dengan flyers company nih ha... mesti hampa semua dapat tangkap nama syarikat ni kan... memang la depa bagi harga murah, separuh harga pun ada, tapi ada syarat tersembunyi... biasala, tu namanya strategi pemasaran... binaweyyy sungguh...

cerita ni bukan pasai harga barang ka hapa ka, ni pasai barang yang dah beli tapi rosak, lepas tu nak claim warranty tak boleh sampai la ni... bila telepon pi customer servis, depa bagi jawapan akan hubungi balik... bila hampa nak hubungi balik..??? masalah ni dah dekat 2bulan... rasa macam nak pi bakaq ja cawangan syarikat haprak ni... hari hari aku telepon hampa tanya pasai kes ni, yang hampa tau nak hubungi balik, nak hubungi balik... hampa haram tak hubungi pun, hampa balik ja... tu la maksud jawapan hampa...

ansuran bulanan pandai pulak mintak, boleh pulak hampa telepon mintak bayaq ansuran... yang barang aku beli ni rosak, hampa buat tak tau ja, bila nak suruh mai pebaik, hampa buat pekak badak... barua sungguh syarikat ni, termasukla para pekerja yang haprak lagi bangang...

masa beli bukan main manis punya ayat, yang tu boleh, yang ni boleh... bila dah jadi macam ni, semua tak boleh dah... tinggai tak pi tribunal tuntutan pengguna ja lagi nih haaa...

nak kena pi ngadap depa sekali lagi kot baru nak ada tindakkan... kena maki bagi hilang kepekak badakkan dulu kot baru nak buat kerja cepat cepat...

Sunday 27 November 2011

RESPEK LA JIRAN LAIN SAMA...

dah dekat setahun aku dengan bini aku yang cun melecun ni serta anak aku yang comey lotey ni sewa kat apartment... dah dekat setahun jugak la aku dok sabaq dengan jiran aku yang meghelip meghelap hitam melegam ni...

atas cina, bawah india, tepi cina lagi... woww, 1 Malaysia gitu... patriotik pulak dah.. disebabkan rumah aku tepi sekali,maka aku rasa lebih selesa sikit...sikit ja laa,tak banyak pun...

yang buat aku tak selesa, sepanjang jalan dari lift ke rumah aku ni, dipenuhi dengan pokok pokok bunga yang tak dak paedah, gerek(basikal) buruk, kasut selipar la, paip air la, dan macam macam lagi... nasib baik tak dak sapa tambat babi kat koridor ni, kalau ada mesti anak aku dok pi main ngan babi tu...

masa awai awai pindah, aku tak puas hati dah dengan sekoq jiran hitam melegam pekak badak ni... sidai baju suka hati mak pak dia, tanam pokok lidah boya sampai tejuloq atas jalan, aku nak jalan pun payah... aku selalu bagi patah pokok tu... padan muka hampa, geram sangat... apa punya bangang la aku pun tak tau... hang nak tanam pokok, hang duduk la umah atas tanah, ni hang duduk apartment, tak payah la dok tanam... kalau nak tanam jugak, jaga la pokok tu elok elok, jangan la bagi ganggu laluan orang nak jalan kaki...

malam tadi masa aku tengah jalan nak balik ke rumah, sambey dok dukung anak aku yang comey ni,dari jauh aku nampak ada 1 besen dok tengah jalan... betoi betoi depan pintu umah meghelip meghelap...sampai ja aku kat depan pintu umah dia, anak dara dia yang gemokk gedempon tu dok tengah sidai baju... kot la dia nak ubah besen tu... barua sungguh... dia wat dettt jaaaa.... tengok aku dengan muka tak bersalah pulak tu...

amma thambi yennarey....

hampa ni pesyen natang pekak badak ka... sensitif sikit la... hormat la jiran lain sama, bukan sekali dua perangai hampa macam ni... banyak kali dah aku dok tengok... agaknya memang natang kot... sebab tu tak dak perasaan...

aku rasa macam nak boh penyepak ja besen tu buat bola... hang tunggu la satu hari nanti, aku tau apa nak buat...nak bagi kesedaran sikit kat hampa...tungguuuuu

P/S : hormatlah jiran jiran anda...

Saturday 26 November 2011

LETAK KERETA KENA BAYAR...

suatu hari masa aku nak bawak anak bini aku pi makan, aku ternampak secebis kertas terselit di bawah pengelap cermin hadapan kereta kecik aku ni... tertera tulisan "parking kena bayar"..siap ada no telefon lagi.

aku pun hairan, natang mana dok mai pelekat kat kereta aku ni... kat kereta lain tak dak pulak... aku abaikan saja... bini aku suruh aku telefon tengok. tapi aku dengan perangai aku laa, abaikan ja benda yang tak penting macam ni...
kami pun keluaq pi makan, pi meronda sampai ke malam... balik tu, sekali lagi aku parking kat situ...

lagipun dah dekat seminggu aku parking kat situ, tapi tak dak sapa mai kata apa pun...kalau tempat parking tu hak milik orang, dah tentu tuan empunya parking tu usha ja sapa yang ambik parking dia...ni tak dak apa pun... keesokkan harinya, ada lagi pesanan kat bawah pengelap cermin kereta aku ni... pesanan yang sama jugak... sapala yang rajin dok bagi pesanan ni... ahhh

sebelah petang tu, masa aku nak keluaq, ada sorang orang tua mai dekat aku... orang tua ni aku kenai, tapi aku tak tau nama dia... yang aku tau, belah petang dia meniaga makanan kat depan apartment aku ni... aku pulak parking kereta kat belakang gerai dia... lagi pun banyak kereta dok parking kat situ....bukan aku sorang ja, tak ganggu dia pun... hek eleh...

dia mai jalan teketek ketek kat aku...

orang tua : ni kereta adik ka..????

aku    : ya...pasaiapa...????

orang tua : semua tempat parking kereta kat sini kena bayaq...

aku    : ya ka, saya tak tau, saya baru pindah..kena bayaq kat sapa...???? berapa...????

orang tua : bayaq kat pak cik...sebulan RM50. deposit RM30...

aku    : saya nak parking sat saja, sementara saya dapat parking kat dalam apartment saya sewa ni...

orang tua : ooooo... tak pa lah, adik bayaq RM20 sudah la...

aku    : esok saya bayaq, saya pun baru nak pi tekan duit ni..

orang tua : nanti adik telepon no yang pak cik boh kat cermin tu...

aku    : ok...

orang tua tu pun blah... dalam hati aku dok mengata, apa kejadah orang tua ni mintak duit parking... awat tanah ni dia punya ka... awat hang ingat kepala hang botak, aku takut....piiiraaahhhhh...
dah la kotak parking pun tak dak, parking pulak jenis sapa awal, dia parking dulu....aku tau la masa aku pi beli makanan kat hang malam tu,hang dok sembang ngan geng geng sebuah pertubuhan ni....pertubuhan, tak pertubuhan, aku peduli apa...pi jahanam lah....

pernah satu malam tu, aku balik dari kl dekat pukul 4 pagi, tempat parking penuh...macam mana aku nak bayar kalau parking pun jenis sesuka hati ja... kalau hang buat kotak parking ka, lain la sikit...
tak pa jugak la nak bayar pun... ni sapa sapa pun boleh parking... tak kelapaq aku nak bayaq kat hang...

aku tak puas hati betoi dengan orang tua ni, cari duit dengan cara yang tak betoi... macam setan... nanti la aku nak repot kat MPPP... aku nak pi cek status tanah ni...

Friday 25 November 2011

HAMPANYA AKU...

Kemarin aku pi pegheleh... dengan tujuan nak pi ambik duit... bukan nak pinjam, tapi nak ambik duit aku... yang memang menjadi hak aku... kerja dah pun aku buat, barang dah pun aku serahkan, soo apa lagi, buatlah pembayarannyaaaa.... alaa bukan banyak mana pun, 5ribu ja...

mungkin bagi hang, tu jumlah yang sikit... bagi aku banyak tuu...

dah boleh beli kamera D90 yang menjadi kegilaan bini aku....`mesti dia syok kalau dapat kamera tu, tak pa sabaq sat`... nanti dapat duit, i belikan untuk u... hehehehe....

aku ni punya la plan dari malam lagi, dok ingat nak bertolak la awai awai pagi... boleh aku buat kerja lain sama... last last pukoi 11 lebih baru betolak...nah haihhh...bangkit sayup...
padan muka aku... ni lah akibatnya kalau dok mengadap laptop sampai pukoi 4 pagi...

kalau ikut kan hati, aku nak batal ja pi pengeleh...nak tidoq puas puas, dah mengantok sangat...
tapi di sebabkan nak ambik duit, aku gagah jugak la pi sana...
sambil tu boleh aku jumpa sorang kawan yang dah lama aku tak contact... baru baru ni terjumpa dia kat facebook, apa lagi, aku pun set la appointment dengan dia... kawan aku ni kontraktor cabuk ja... hehehehe....

sampai pegheleh dekat dekat pukoi 1 petang... bukan lama pun perjalanan tu, 2jam ja(kena bawak 140km/h ke atas la) baru boleh kurang dari 2 jam....

sampai saja aku kat pengeleh, aku tak pi mana dah... aku teruih pi pejabat yang nak buat bayaran kat aku....

haram jadah sungguh, pejabat tutup pulak dah... tutup kejadah apanya, hari ni bukan hari minggu....

tak pa, tak pa....

sabaq dulu, jangan mengamuk lagi... aku telepon kawan yang lama aku tak jumpa tu, dia panggil aku pi pejabat dia... dia dok mengeluh tak dak projek la, yang tu la, yang ni la...aku menjadi pendengar yang setia...dalam dok mengeluh pasai tak dak duit, pasai payment tak dapat, ada hati lagi nak tukaq kereta...siap tunjuk gambaq kereta lagi... tu tera tak dak duit, kalau ada duit mesti hang joli tak ingat dunia...aku dah paham sangat pesen dia ni...

aku pun mintak la profile syarikat dia, dalam erti kata lain aku nak tolong melobi projek untuk dia...kalau dia dapat projek, aku pun tumpang senang sama...sambil menyelam, sambil minum ayaq... tapi jangan minum banyak sangat, nanti kembung perut...

tak larat sembang dah aihh,aku nak blah dah... padahal aku nak pi pejabat yang aku pi awai tadi tu...
mana tau kot kot ada sapa sapa kat pejabat tu,boleh aku tanya....

setibanya aku di pejabat tu, pintu yang awai awai tadi tu berkunci, dah pun ternganga luas...yahoooo, aku ingat tak buka teruih dah hari ni...aku masuk dalam, jumpa la dengan budak yang kerja kat sini...
"bos tak dak, 2 hari dah tak masuk pejabat. pi mana pun tak tau" kata budak tu...

aku pun apa lagi, terus telepon bos dia....

"harap maaf,nombor yang anda dail berada di luar kawasan"

tak dapat pulak dah, celaka sungguh... panas dah ni... mau aku bakaq ja pejabat ni...

hantaq sms pulak lah... lebih kurang 5minit, dia balas..."hari Sabtu ambik duit"

apa kejadah ni weiiii...!!! aku nak guna duit ni weiii.....nak haram sungguh aihhhh....pelaq sungguh...

banyaknya dosa aku hari ni, maki hamun ja...astaghfirullahhal a`zim

apa boleh buat, duit kat tangan orang... terpaksa tunggu jugaklah...
susahla kalau selalu macam ni, barang nak cepat, duit lambat...aku pun pulang dengan penuh kehampaan bersama kelaparan...

Thursday 24 November 2011

HISAP JANGAN TAK HISAP...

Risiko kanser perokok pasif

Selepas merokok.


APAKAH perasaan anda bila doktor memberitahu bahawa anda disahkan menghidap kanser paru-paru? Tambah memeritkan, kanser paru-paru anda kini berada di tahap empat - peringkat akhir di mana sel kanser dari tempat asal tumor telah merebak ke bahagian lain badan.
Mungkin ia sesuatu yang tidak menghairankan sekira anda adalah seorang perokok tegar. Penyakit berkenaan sememangnya dikenalpasti mudah dihidapi oleh mereka yang gemar merokok.
Namun, bagi mereka yang tidak merokok atau daripada komuniti perokok pasif, ia sesuatu yang agak mengejutkan.
Itulah yang dialami oleh Goh Sai Wah yang tidak pernah merokok seumur hidupnya. Namun, wanita berusia 58 tahun itu begitu terperanjat bila dikesan menghidap penyakit itu di tahap empat pada tahun lepas.
"Kanser paru-paru selalunya dihidapi oleh orang yang suka merokok. Tetapi, ini tidak bermakna mereka yang tidak merokok boleh selamat daripada penyakit ini (kanser paru-paru)," kata Pengarah Perubatan Pusat Perubatan Antarabangsa Mahameru, Dr. Beh Chor Khim kepada Bernama baru-baru ini.
Tidak kenal siapa
Ia adalah antara punca utama kematian dalam kalangan penduduk di seluruh dunia, dianggarkan 221,130 kes baru kanser paru-paru setiap tahun dengan angka kematian 156,940 di Amerika Syarikat pada tahun ini mengikut laman sesawang http://www.cancer.gov.
Manakala, statistik di negara ini pula menunjukkan penyakit berkenaan menjadi kanser yang paling kerap berlaku dan menyebabkan jumlah kematian paling ramai kira-kira 12 peratus daripada kesemua penyakit kanser dalam negara.
Ini berdasarkan maklumat yang dipetik daripada www.infosihat.gov.my.
Ini jelas menunjukkan penyakit ini tidak boleh dipandang ringan termasuklah bagi golongan perokok pasif.
Biarpun tidak merokok, tetapi kebarangkalian mereka mendapat penyakit berkenaan tidak dapat dinafikan terutama bagi individu yang tinggal di kawasan yang mempunyai tahap kualiti udara yang rendah.
Malah, dipetik dalam satu sumber berita individu berkenaan dilihat 20 peratus lebih berisiko diserang penyakit kanser paru-paru berbanding mereka yang tinggal di kawasan udara bersih.
Ini dapat dilihat apabila dianggarkan 3,000 kematian akibat kanser paru-paru dalam kalangan perokok pasif berlaku setiap tahun di Amerika Syarikat.
Senario ini jelas menunjukkan kanser paru-paru yang secara amnya terbahagi kepada dua jenis utama, kanser sel kecil paru-paru dan kanser sel bukan-kecil paru-paru, berupaya menyerang sesiapa sahaja.
Mengakui tabiat merokok sebagai faktor utama, Dr. Beh berkata pencemaran alam sekitar turut menyumbang kepada risiko penyakit berkenaan.
Ini kerana, mereka yang terhidu asap yang mengandungi asbestos (satu daripada enam mineral silikat digunakan secara komersial kerana ciri fizikalnya) menghadapi risiko yang lebih tinggi mendapat kanser paru-paru dan ia dikenali sebagai mesothelioma.
Selain asbestos, individu yang terdedah kepada persekitaran radon (gas radioaktif) juga berisiko mendapat serangan penyakit berkenaan.
Di samping itu, Dr. Beh berkata mereka yang lahir dari keluarga yang pernah menghidap penyakit berkenaan turut mempunyai risiko mendapat kanser paru-paru.
"Terdapat kemungkinan sebanyak 30 peratus golongan yang tidak merokok mempunyai risiko untuk mendapat kanser paru-paru.
"Antara faktornya adalah seperti tekanan, cara pemakanan yang tidak sihat, penyakit jangkitan virus serta mereka yang terdedah kepada kesan radiasi," katanya.
Gejala
Mengakui agak sukar mengesan kanser paru-paru dengan lebih awal, kata Dr. Beh, kebanyakan yang datang mendapatkan rawatan di hospital berkenaan selalunya berada di tahap empat .
Bagaimanapun, seseorang itu boleh mengambil langkah pencegahan awal dengan melakukan pemeriksaan kesihatan komprehensif apabila mengalami batuk berpanjangan, kesesakan nafas, sakit dada, belakang, bahu, bengkak muka dan suara garau.
Tidak sekadar itu, gejala seperti sakit tulang, lemah atau kebas di kawasan tangan dan kaki, hilang selera makan, penurunan berat badan, lemah dan kekurangan tenaga juga perlu diambil perhatian.
Atas faktor itu, Dr. Beh menegaskan pemeriksaan kesihatan secara komprehensif amat penting dan bukan sekadar bergantung kepada ujian darah sahaja.
"Ujian darah sahaja tidak berkesan untuk mengesan sel-sel kanser. Disebabkan itu, perlu ada pemeriksaan menyeluruh seperti x-ray, ataupun menggunakan kaedah endoskopi untuk memeriksa bahagian dalam tubuh seseorang.
"Goh menjalani pemeriksaan darah secara rutin yang menunjukkan peningkatan petunjuk kanser dan beliau membuat keputusan menjalani PET CT yang menunjukkan beliau mengalami kanser pada peringkat empat," kata Dr. Beh.
Dr. Beh juga berkata, adalah lebih baik bagi seseorang individu itu melakukan pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh sekali bagi setiap tiga tahun apabila umur mereka menjangkaui 40 tahun.
Bila berada di tahap empat, selalunya dikatakan sudah terlambat untuk merawat kanser paru-paru.
Bagaimanapun, keadaan Goh berubah apabila wanita ini menjalani terapi Human Initiated Therapeutic Vaccine (HITV) di Jepun tahun lepas.
"Saya diberitahu tentang terapi HITV melalui Dr. Beh, dan kami pergi ke Tokyo untuk mencubanya," cerita Goh
Mengulas mengenai rawatan ini, Dr. Beh berkata, keputusan yang diperoleh amat mengejutkan apabila mendapat tahu bahawa kesemua sel kanser dalam badan wanita itu telah hilang.


sumber dari - BERNAMA

Wednesday 23 November 2011

NAK MENGUNDI PILIHAN RAYA NANTI...

adoi, tak tau nak buat apa... nak surf apa pun tak tau... tak larat nak surf dah....
tengah dok baca baca berita, teringat pulak nak daftar undi untuk mengundi pilihan raya nanti...
aku pun buka la web SPR.... maklumla, dah umur 26tahun pun tak reti reti nak daftar lagi...kekekeke....

aku ni jenis pemalas sikit kalau bab daftar daftar ni ha....

bini aku selalu jugak tanya bila nak daftar...!!bila nak daftar....!!bila nak daftar....!!

hishhhhh....nantilah....tu la jawapan aku...

ni haa...malam ni aku nak daftar...nanti aku nak mengundi...

bersemangat nak daftar ni ha...

tup... tup...


Harap Maaf...
Web ini sedang dalam proses penyelenggaraan untuk sementara waktu.
Sekian, Terima Kasih



hampeh nyoq sungguh....nak daftar macam mana....
tunggu aku rajin pulak laaa jawabnyaa...


PENAT WEHHH....




penat... penat... penat...
aduhai, tak larat la nak jawab soalan yang sama saja...
kalau tak jawab, sat lagi ada la nak kena...
kalau jawab, pun kena jugak..
kalau diam, lagi la kena...

pastu aku nak buat macam mana...?????

jangan suka ungkit boleh dak...????
nanti aku putar baru tau...!!!
hehehehe

tanya soalan lain pulak laa...
jangan dok kira nak cari pasal saja....

sendiri mau paham la...



PETROL OHH PETROL

ni pasai kes minyak..(minyak petrol)..

Khamis minggu lepas aku bersama isteri dengan anak ke Perlis... atas urusan perniagaan.
(mana bleh tinggal bini dengan anak) hehehehe...

dari Bukit Mertajam ke Perlis ada la lebih kurang sejam lebih..ikut highway dan bawak laju...
kalau bawak slow, lambat lah sampai...sebab nak cepat, aku pun tekan saja paddle minyak tu...

Alhamdulillah....kami selamat sampai... tibalah kami di Arau..minyak kereta plak nak habis...
aku selesaikan dulu kerja aku tu... pastu aku ke stesen minyak Petronas yang berdekatan...
aku masukkan kad kredit...problem plak...apa punya stesen minyak la... selalunya Shell yang menjadi pilihan aku dari dulu lagi...tapi dah petronas ja yang senang, aku pun tak kisahlah...janji kereta aku ada petrol... sebelah dengan kereta aku, ada la sebuah kereta Ford Laser kot kalau tak silap aku la...lagi pun aku bukan tengok sangat kereta tu... dia isi minyak RM100.00...wow...banyaknyerrr...

tapi yang peliknya, tempat isi minyak kereta tu kat bahagian pillar belakang, uisshhhh....memang pelik lah..ni kali pertama aku jumpa...

aku cuba perhati betul betul...rupa rupanya, fuhhhh...besaqnya tangki minyak kat tempat duduk belakang tu...dah ubah suai...macam tangki treler la pulak... takkan la orang yang jaga pump tu tak perasan kot....

atau adakah buat buat tak perasan....lantak hampa lah

di sebabkan tadi aku tak dapat isi minyak kat petronas... dah kad kredit tak boleh guna, aku pi la pulak
Shell...bukan jauh mana pun...depan sikit ja dari Petronas tadi...tapi kena U-turn la..sebab Shell ni bertentangan dengan Petronas tadi...

akhirnya dapat isi minyak kat Shell...

tengah tengah isi minyak, terpandang sebuah kereta Mazda yang buruk...jumlah yang dia isi pun RM100.00 jugak...orang perlis ni kaya kaya jugak noo....isi minyak semua RM100.00...yang bestnya,
selesai saja dia isi RM100.00, dia buat U-turn kat kawasan Shell tu....dia pi kat pump yang sama dia isi tadi...isi lagi RM100.00... senyum ja bila dia perasan yang aku dok tengok dia...bebudi bahasa namanya tu...hehehehe...

perdana aku pun penuh tangki lebih kurang RM120.00 ja...kereta dia isi RM200.00 pun tak penuh penuh tangki lagi...

macam macam manusia ada... untung sakan tu... cepat kaya

aku difahamkan minyak tu untuk dibawa masuk ke Thailand... untuk di jual di sana.... macam mana dia orang boleh bawak masuk... aku pun tak paham..

jeng... jeng... jeng...

sekadar hiasan




P/S   :    hati hati...anda sedang diperhatikan

Tuesday 22 November 2011

NASI BARYANI GAM

jalan jalan cari makan bersama isteri dan anak....

MILO AIS TABURRR
                                                            
ni la air yang aku pesan...sedap gak la....                                                            



NASI BARYANI AYAM KAMPUNG



NASI BARYANI DAGING
ni menu yang bini aku pesan...terbaekkklah
                                                     





bangun ja dari tidur, bini aku tanya pasal makanan...
`abg, kita nak makan apa hari ni`
entahlaa... jawapan yg selalu aku bagi..
dia pun apa lagi, pikir punya pikir, dia kata teringin nak makan nasi beriani
jommm...

destinasinya.. sungai petani.. jauh gak tu..
tapi tak pa lah, nak cuba tengok.. jumpa la kedai  "BARYANI GAM 88"
nasib baik tak banyak pelanggan. dah la perut tengah lapar..
maklumla, dari pagi tak makan. sampai kat kedai ni pun dah petang
aku pesan milo ais tabur sama nasi beriani ayam kampung...
bini aku plak pesan nasi beriani daging sama teh ais..minuman kegemaran dia lah tu...

alhamdulillah....kenyang...
semuanya menepati cita rasa aku...tak sia sia aku pi...dah la jauh gak...
bini aku pun puji ja sepanjang jalan...senyum memanjang...
lain kali bleh pi makan pulak...harga pun ok...
yang penting makanan dia terbaekkk....

kepada sesiapa yang nak cuba makanan kat kedai ni,senang saja nak cari...
kedai ni bertentangan dengan MITSUBISHI MOTORS SUNGAI PETANI...
ala dekat lot 88 tu... mesti jumpa lah.....
kalau tak jumpa, cari lagi....

lepas makan kami pun terus balik, sebab aku nak tengok game MALAYSIA lwn indonesiallll...
go MALAYSIA go...

MALAYSIA vs indonesia




   
MALAYSIA tanah tumpah darahku...aku bangga menjadi warga MALAYSIA....
malam ni perlawanan akhir bola sepak sukan SEA MALAYSIA menentang indonesia
untuk merebut pingat emas..


selamat berjuang para pemain MALAYSIA..berjuanglah habis habisan
pertahankan pingat emas untuk skuad bola sepak negara kita...

aku selalu jugak tengok sorotan sukan kat tv,benci sungguh aku dekat indonesial....
perasaan benci aku ni semakin membuak buak....
terutama bila tengok layanan dari pihak indonesial ni,macam celaka lagi..
dah la layanan macam sial,penonton pun macam tu jugak...
sebelum ni dok tengok cerita kat tv pun aku dah meluat...jalan cerita macam menatang apa lagi....
awatla tv kat MALAYSIA ni nak sangat tayang cerita indonessial ni...
cerita melalut...agaknya indonesial ni macam cerita yg depa dok buat tu la kot...

aku harap rakyat rakyat indonesial yang duduk kat MALAYSIA ni berperangai elok...
walaupun semuanya aku tak suka...PENDATANG...!!!!

apa apapun,sekalung tahniah untuk skuad bola sepak negaraku yang tercinta MALAYSIA
atas kemenangan anda semua sebentar tadi...hidup MALAYSIA...!!!!