bila mai ja waktu malam, masa aku on ja laptop... mesti tak senang duduk... nak berblog atau nak komen mengomen kat facebook mesti terbantut dek kerana gangguan makhluk halus... sebab tu lah kat blog aku sekarang nih dah tak dak entry terbaru macam dulu dulu...
masa bila nak buat entry kalau dah dok kena kacau ja... nak buat entry pun tak senang... idea pun hilang ntah kemana...
makhluk halus yang aku maksudkan tu ialah si momey aku... hahahaha...
dia ni pantang tengok aku on laptop... mesti dia nak mai tekan tekan sama... paling tak tahan, dia asyik merengek ja kalau permintaan dia tak di layan....
kalau nak bagi dia diam, terpaksalah tinggalkan laptop... kalau aku tak duduk kat depan laptop, boleh pulak dia diam... boleh pulak dia main segala permainan yang ada tu...
nak tak nak, terpaksa lah bersabar... sementara dia nak membesar, nak paham apa yang kita cakap, memang macam tu lah perangai budak budak kecik...
harap harap lepas sampai ipad yang isteri aku pesan tu, si momey aku ni tak lagi nak berebut laptop ni... ni ipad yang budak budak punya tau... bukan ipad yang betul tu... jangan salah sangka pulak... daripada aku beli ipad yang betul tu kat dia, baik aku guna sendiri... hahahaha...
entry ni aku buat masa makhluk halus tu tengah tidur... hehehehe... krohh krohh dia... sebelum dia bangun mengganggu laptop aku ni, baik aku off kan dulu...
No comments:
Post a Comment