Thursday 26 April 2012

polis biadab... makan rasuah dah la ni...

ADA YANG BAGUS, ADA YANG MACAM BINATANG...NI LAH REALITI POLIS MALAYSIA...


ho ho ho hoh.... panas punya cerita nih... cerita ni berlaku kat seseorang yang rapat dengan aku... segala sumber yang aku dapat ni, tak tau laa samada 100% tepat atau tak... tapi yang bagi maklumat ni, memang jujur dan boleh dipercayai sejak dahulu lagi... kiranya kisah ni memang benar benarlah kan... saksi kejadian pun ada sekali... bukan 3 saksi jer, 5 saksi lagi tu... bab saksi memang dah cukup sempurna dah....

ceritanya begini...

ada seorang pemilik kedai makan yang baru nak beroperasi telah menyewa bekalan elektrik dan juga air dari sebuah rumah yang berhampiran dengan kedai makan tu... bulan pertama, sewa ok... bayar cantik...

bulan seterusnya tu, mulalah buat perangai... bila TUAN rumah dah potong bekalan tu, TUAN rumah ok... aku ulang, TUAN rumah... yang penyewa tu terus serang tuan rumah... kalau aku jadi tuan rumah tu pun mesti bengang gila... bil elektrik dengan air dah bertimbun tak penah bayar... kata berniaga ribu riban... takkan elektrik ngan air pun tak mampu nak bayar...

ok, bila TUAN rumah tu potong bekalan, yang penyewa ni nak serang TUAN rumah buat apa...??? sepatutnya hang dah tau sebab apa TUAN rumah tu potong bekalan... hang pi la bayaq...

boleh pulak pi serang TUAN rumah... kalau pi berbincang tak pa lah jugakkan...

berlakulah pergaduhan mulut antara penyewa dengan TUAN rumah... disaksikan jiran sebelah seramai 3orang... penyewa tak puas hati, terus dicapainya cangkul... konon konon nak menyangkul TUAN rumah lah kot...

TUAN rumah apalagi,terus ambik penukul dengan parang ketot... hehehehe

ketot ketot pun kalau kena, berjahit jugakla kan... hah, nak berperang sakan nih... sorang Hang Cangkul, sorang lagi Hang Parang bin Penukul... tetiba merapu plak... soriiii

Hang Cangkul ni dah berasa takut, terus lari masuk dalam kereta... semua pintu kereta di kunci sepantas kilat... gilalah kalau tak lari... tak pasal pasal makan penukul...

Hang Parang bin Penukul ni apalagi, tak puas hati laaa... dikelilingnya satu kereta... ala gaya gaya tester kat puspakom tu...

bila nafsu dah menguasai diri, apalagi... kereta tu la yang jadi mangsa akhirnya... kenala ketuk sikit ngan penukul... ala, sikt ja pun...

sikit pun dah kira salah la kan, sebab tu bukan kereta kita... tu harta orang lain... dah dikira merosakkan harta benda orang...

Hang Cangkul ni terus pulang bersama kereta yang dah diketuk sikit tu... Hang Parang ni pun apalagi, pi la pulak Balai Polis untuk buat repot mengatakan dia telah mengetuk kereta Hang Cangkul tu tadi...

rupa rupanya, haaaaaa..... ni yang best....

Hang Cangkul pun join sekali pi buat repot jugak... semasa kat balai polis tu, ada anggota polis yang menjaga Hang Cangkul ni... Hang Cangkul ni dah `bela` polis tu rupanya... kiranya dah rasuah laa... ehh, polis tak terima rasuah... tengokla kat uniform yang depa pakai tu... mesti ada `SAYA ANTI RASUAH`... tul tak..??? kalau dah rasuah, bukan polis namanya tu... tu binatang...

binatang kat balai tu tak terima langsung segala apa yang Hang Parang ni cerita... padahal saksi iaitu jiran yang 3orang tu pun pi balai jugak... punya kuat binatang tu makan rasuah...

hebat.. hebat... ni lah pukulan kekuatan duit...


tiba tiba Hang Parang yang di tahan... tak pasai pasai kena gari... kalau dah kena tahan tu, maknanya kena tidur kat lokap la semalam dua...


ada ka patut seseorang yang cuba nak mempertahankan diri, didapati bersalah.... terus ditangkap... ehh, kalau aku lah kan, aku buat salah, aku takkan pi buat repot... silap silap aku lari terus... hahahahaha...

semasa dalam lokap polis...

SALAH SEORANG ANGGOTA POLIS TELAH MENAMPAR DI BAHAGIAN MUKA DAN TELAH MENENDANG DI BAHAGIAN DADA... anggota polis ka binatang... aku gelarkan binatang jugaklah... ni dah salah di sisi undang undang... tak boleh pukul tahanan... dan tak boleh pukul bahagian muka...

ni seorang yang tak bersalah, pi buat repot, terus ditahan... alasan yang POLIS cakap sebab ugutan dan menggunakan senjata... ehhh, bukan dia sorang ja yang bersenjata... Hang Cangkul pun bersenjata cangkul jugak... memang banganglah POLIS BINATANG kat BALAI POLIS BALAI BARU,BESERI,PERLIS... dah makan rasuah, cakap apa pun tak guna

tiada siasatan yang dijalankan... serius, memang POLIS BINATANG tak buat siasatan... kalau siasatan dijalankan, takkan boleh sesuka hati tangkap orang... kepala bapak hang lah POLIS... hang jangan ingat bila nama hang POLIS, hang dah besaq kepala... ni yang namanya POLIS BINATANG tak guna... tak semua POLIS BINATANG yang berperangai macam tu...salah guna kuasa...

dah kena tangkap, kenalah dakwa kat mahkamah pulak... POLIS BINATANG pesan pada ahli keluarga dan saksi bahawa tak perlu hadir ke mahkamah... ewah ewahh... mahkamah bapak dia kot... sebab tu yang tak bagi pi mahkamah...

ahli keluarga lantik seorang peguam dan kes pun telah diselesaikan bila wang jaminan di bayar... aku syorkan kat tertuduh tu untuk buat repot yang POLIS BINATANG tu telah salah guna kuasa, memukul sewaktu dalam lokap polis, dan teraniaya...

tapi dah tertuduh tak mau nak panjang panjang kes, trauma agaknya sebab kena tidur dalam lokap, dia tak mau buat repot... tulah yang aku nak cerita... panjang berjela sungguh entry aku... boleh buat drama.... kalau aku jadi tertuduh tu, fuhhhh... leh saman POLIS... kayo den

aku dipahamkan, kedai makan tu lesen meniaga pun tak dak... udang pulak busuk... lalat punya banyak... aduhai Tok Wi Grand Char Koew Teow... meniagalah dengan jujur... jangan tipu pelanggan...


Thursday 19 April 2012

jom berpolitik.....

politik ohhh politik... bahang pilihanraya umum dok rasa dah ni... hampa semua ada rasa dak... pilihanraya nak mai pulak dah... semakin dekat dah ni... hampa dah daftar mengundi ka..???

aku...????... biarlah rahsia... macam lagu Siti tu haaaa....

baru-baru ni aku diajak untuk menghadirkan diri ke majlis mesyuarat untuk salah satu parti politik kat Pulau Pinang ni ha... mesyuarat untuk tubuh cawangan baru kot kalau tak silap aku... jemputan ni mai dari salah sorang kawan niaga aku... dah lama jugak la aku kenal dengan dia...

kalau berkawan, aku tak pilih parti politik... sesiapa yang nak berpolitik, politiklah... lantak hampa laa... tapi bagi orang yang berniaga macam aku ni, tak elok rasanya kalau nak menonjolkan diri dalam sesebuah parti politik...

kawan yang jemput aku pi mesyuarat tu, kira kuat politiklaaa... taksub gila weiii... bab bodek, memang dia menang... serah kat dia... kalau tak silap aku dia ada pangkat kot... ketua bahagian rasanya... tapi dulu laaa kan...

la ni pangkat apa yang dia ada, aku tak tau la pulak... kalau aku jumpa dia, aku tak sembang bab politik... cuma dia sajalah yang dok memujuk rayu aku untuk jadi ahli parti politik satu ni haa....

dua minggu sebelum mesyuarat ni diadakan, dia punyalaaaa telepon aku, tak cukup dengan telepon, dia sms pulak... banyak jugak la sms yang dia hantaq tu... sampai pukul 2pagi boleh dia dok sms antaq jemputan mesyuarat tu kat aku... punyala berusaha nak ajak aku jadi ahli dia...

macam nak ajak aku buat bisnes MLM pulak... oh noooo....

dari telepon dia antaq sms... tak puas ngan sms, dia post pulak kat pesbuk aku... adoilaaa, pening sungguh aku nak layan manusia macam ni... tapi bagus sebab hang memang berusaha... berusaha bersungguh-sungguh sampai berjaya...

tapi adakah hang berjaya... jeng..jeng..jeng..

maaflah, aku tak berminat untuk berpolitik...

dan aku pun tak pi langsung mesyuarat politik apa kebenda semua tu...

hang tak pa la berpolitik, sebab hang ada kepentingan... bukan kepentingan saja, malah dapat keuntungan lagi haaa... kalau aku berpolitik, apa aku dapat... hang nak bagi apa kat aku...???? habaq mai kat aku sat...

fahaman aku, kalau aku berpolitik apa pun, aku tetap macam ni... tak ada keuntungan buat aku...

baik aku dengan bisnes aku... lagi menguntungkan...