Wednesday 9 May 2012

aku kena sindir...


sekarang ni susah nak jumpa stesen minyak yang masih gunakan khidmat jurupam minyak... baik Petronas, Shell, Caltex, Esso, mahupun stesen minyak lain yang aku tak sebutkan tu... semuanya guna sistem layan diri...

petang tadi waktu aku singgah untuk isi minyak kat satu stesen minyak Shell, ada jurupam... bagus jugak stesen minyak ni... sebab tak perlu aku berjalan ke kaunter untuk bayar duit minyak... senang sikit kerja... aku pun bagila RM30 kat jurupam tu... dia sendiri yang isi minyak kereta aku tu... aku tengok je lah kan... dah dia yang nak isi...

jurupam tu pun isi minyak RON95... memang aku isi minyak RON95 untuk kereta kecik ni... kalau nak isi RON97, rasa tak berbaloi pulak... RON97 kan mahallllll.... seliter RM2.90 kot... baik aku isi RON95 yang harga RM1.90 tu...kan jimat...

masa tengah isi minyak tu, jurupam tu tanya aku...

jurupam : u guna RON95 ka RON97...???

aku        : kalau ini kereta, memang guna RON95 la... apa pasai...???

jurupam : waaaa, u kaya laa...

aku        : apa pasai kaya pulak... ini minyak murah apa... kalau aku kaya, mesti pakai RON97 laa...

jurupam : ini RON95 lagi mahai oOoOo dari RON97... u cuba tengok harga sebenar... semua orang cakap murah sebab itu kerajaan sudah bagi subsidi... u tengok itu RON97 punya harga baru RM2.90... RON95 punya harga RM3.41 untuk satu liter... lebih baik kerajaan bagi subsidi dekat itu RON97... mesti lagi murah... lagi pulak itu minyak lagi bagus dari RON95 apa...





dah selesai isi minyak, aku pun balik laaa... aku pun terfikir, ada betui jugak apa kata jurupam tu... minyak RON95 lagi mahal la... kualiti pun kurang... kenapa kerajaan bagi subsidi kat minyak yang kurang kualiti... lepastu pulak, harga asal lebih dari harga minyak yang berkualiti...

baik bagi subsidi kat RON97 yang harganya baru RM2.90 seliter tu...

tah lah, aku pun konpiussss... ada ka orang yang lebih arif bab minyak ni... aku tak pandai bab minyak ni...

korang pulak isi RON95 ke, RON97...???






Thursday 26 April 2012

polis biadab... makan rasuah dah la ni...

ADA YANG BAGUS, ADA YANG MACAM BINATANG...NI LAH REALITI POLIS MALAYSIA...


ho ho ho hoh.... panas punya cerita nih... cerita ni berlaku kat seseorang yang rapat dengan aku... segala sumber yang aku dapat ni, tak tau laa samada 100% tepat atau tak... tapi yang bagi maklumat ni, memang jujur dan boleh dipercayai sejak dahulu lagi... kiranya kisah ni memang benar benarlah kan... saksi kejadian pun ada sekali... bukan 3 saksi jer, 5 saksi lagi tu... bab saksi memang dah cukup sempurna dah....

ceritanya begini...

ada seorang pemilik kedai makan yang baru nak beroperasi telah menyewa bekalan elektrik dan juga air dari sebuah rumah yang berhampiran dengan kedai makan tu... bulan pertama, sewa ok... bayar cantik...

bulan seterusnya tu, mulalah buat perangai... bila TUAN rumah dah potong bekalan tu, TUAN rumah ok... aku ulang, TUAN rumah... yang penyewa tu terus serang tuan rumah... kalau aku jadi tuan rumah tu pun mesti bengang gila... bil elektrik dengan air dah bertimbun tak penah bayar... kata berniaga ribu riban... takkan elektrik ngan air pun tak mampu nak bayar...

ok, bila TUAN rumah tu potong bekalan, yang penyewa ni nak serang TUAN rumah buat apa...??? sepatutnya hang dah tau sebab apa TUAN rumah tu potong bekalan... hang pi la bayaq...

boleh pulak pi serang TUAN rumah... kalau pi berbincang tak pa lah jugakkan...

berlakulah pergaduhan mulut antara penyewa dengan TUAN rumah... disaksikan jiran sebelah seramai 3orang... penyewa tak puas hati, terus dicapainya cangkul... konon konon nak menyangkul TUAN rumah lah kot...

TUAN rumah apalagi,terus ambik penukul dengan parang ketot... hehehehe

ketot ketot pun kalau kena, berjahit jugakla kan... hah, nak berperang sakan nih... sorang Hang Cangkul, sorang lagi Hang Parang bin Penukul... tetiba merapu plak... soriiii

Hang Cangkul ni dah berasa takut, terus lari masuk dalam kereta... semua pintu kereta di kunci sepantas kilat... gilalah kalau tak lari... tak pasal pasal makan penukul...

Hang Parang bin Penukul ni apalagi, tak puas hati laaa... dikelilingnya satu kereta... ala gaya gaya tester kat puspakom tu...

bila nafsu dah menguasai diri, apalagi... kereta tu la yang jadi mangsa akhirnya... kenala ketuk sikit ngan penukul... ala, sikt ja pun...

sikit pun dah kira salah la kan, sebab tu bukan kereta kita... tu harta orang lain... dah dikira merosakkan harta benda orang...

Hang Cangkul ni terus pulang bersama kereta yang dah diketuk sikit tu... Hang Parang ni pun apalagi, pi la pulak Balai Polis untuk buat repot mengatakan dia telah mengetuk kereta Hang Cangkul tu tadi...

rupa rupanya, haaaaaa..... ni yang best....

Hang Cangkul pun join sekali pi buat repot jugak... semasa kat balai polis tu, ada anggota polis yang menjaga Hang Cangkul ni... Hang Cangkul ni dah `bela` polis tu rupanya... kiranya dah rasuah laa... ehh, polis tak terima rasuah... tengokla kat uniform yang depa pakai tu... mesti ada `SAYA ANTI RASUAH`... tul tak..??? kalau dah rasuah, bukan polis namanya tu... tu binatang...

binatang kat balai tu tak terima langsung segala apa yang Hang Parang ni cerita... padahal saksi iaitu jiran yang 3orang tu pun pi balai jugak... punya kuat binatang tu makan rasuah...

hebat.. hebat... ni lah pukulan kekuatan duit...


tiba tiba Hang Parang yang di tahan... tak pasai pasai kena gari... kalau dah kena tahan tu, maknanya kena tidur kat lokap la semalam dua...


ada ka patut seseorang yang cuba nak mempertahankan diri, didapati bersalah.... terus ditangkap... ehh, kalau aku lah kan, aku buat salah, aku takkan pi buat repot... silap silap aku lari terus... hahahahaha...

semasa dalam lokap polis...

SALAH SEORANG ANGGOTA POLIS TELAH MENAMPAR DI BAHAGIAN MUKA DAN TELAH MENENDANG DI BAHAGIAN DADA... anggota polis ka binatang... aku gelarkan binatang jugaklah... ni dah salah di sisi undang undang... tak boleh pukul tahanan... dan tak boleh pukul bahagian muka...

ni seorang yang tak bersalah, pi buat repot, terus ditahan... alasan yang POLIS cakap sebab ugutan dan menggunakan senjata... ehhh, bukan dia sorang ja yang bersenjata... Hang Cangkul pun bersenjata cangkul jugak... memang banganglah POLIS BINATANG kat BALAI POLIS BALAI BARU,BESERI,PERLIS... dah makan rasuah, cakap apa pun tak guna

tiada siasatan yang dijalankan... serius, memang POLIS BINATANG tak buat siasatan... kalau siasatan dijalankan, takkan boleh sesuka hati tangkap orang... kepala bapak hang lah POLIS... hang jangan ingat bila nama hang POLIS, hang dah besaq kepala... ni yang namanya POLIS BINATANG tak guna... tak semua POLIS BINATANG yang berperangai macam tu...salah guna kuasa...

dah kena tangkap, kenalah dakwa kat mahkamah pulak... POLIS BINATANG pesan pada ahli keluarga dan saksi bahawa tak perlu hadir ke mahkamah... ewah ewahh... mahkamah bapak dia kot... sebab tu yang tak bagi pi mahkamah...

ahli keluarga lantik seorang peguam dan kes pun telah diselesaikan bila wang jaminan di bayar... aku syorkan kat tertuduh tu untuk buat repot yang POLIS BINATANG tu telah salah guna kuasa, memukul sewaktu dalam lokap polis, dan teraniaya...

tapi dah tertuduh tak mau nak panjang panjang kes, trauma agaknya sebab kena tidur dalam lokap, dia tak mau buat repot... tulah yang aku nak cerita... panjang berjela sungguh entry aku... boleh buat drama.... kalau aku jadi tertuduh tu, fuhhhh... leh saman POLIS... kayo den

aku dipahamkan, kedai makan tu lesen meniaga pun tak dak... udang pulak busuk... lalat punya banyak... aduhai Tok Wi Grand Char Koew Teow... meniagalah dengan jujur... jangan tipu pelanggan...


Thursday 19 April 2012

jom berpolitik.....

politik ohhh politik... bahang pilihanraya umum dok rasa dah ni... hampa semua ada rasa dak... pilihanraya nak mai pulak dah... semakin dekat dah ni... hampa dah daftar mengundi ka..???

aku...????... biarlah rahsia... macam lagu Siti tu haaaa....

baru-baru ni aku diajak untuk menghadirkan diri ke majlis mesyuarat untuk salah satu parti politik kat Pulau Pinang ni ha... mesyuarat untuk tubuh cawangan baru kot kalau tak silap aku... jemputan ni mai dari salah sorang kawan niaga aku... dah lama jugak la aku kenal dengan dia...

kalau berkawan, aku tak pilih parti politik... sesiapa yang nak berpolitik, politiklah... lantak hampa laa... tapi bagi orang yang berniaga macam aku ni, tak elok rasanya kalau nak menonjolkan diri dalam sesebuah parti politik...

kawan yang jemput aku pi mesyuarat tu, kira kuat politiklaaa... taksub gila weiii... bab bodek, memang dia menang... serah kat dia... kalau tak silap aku dia ada pangkat kot... ketua bahagian rasanya... tapi dulu laaa kan...

la ni pangkat apa yang dia ada, aku tak tau la pulak... kalau aku jumpa dia, aku tak sembang bab politik... cuma dia sajalah yang dok memujuk rayu aku untuk jadi ahli parti politik satu ni haa....

dua minggu sebelum mesyuarat ni diadakan, dia punyalaaaa telepon aku, tak cukup dengan telepon, dia sms pulak... banyak jugak la sms yang dia hantaq tu... sampai pukul 2pagi boleh dia dok sms antaq jemputan mesyuarat tu kat aku... punyala berusaha nak ajak aku jadi ahli dia...

macam nak ajak aku buat bisnes MLM pulak... oh noooo....

dari telepon dia antaq sms... tak puas ngan sms, dia post pulak kat pesbuk aku... adoilaaa, pening sungguh aku nak layan manusia macam ni... tapi bagus sebab hang memang berusaha... berusaha bersungguh-sungguh sampai berjaya...

tapi adakah hang berjaya... jeng..jeng..jeng..

maaflah, aku tak berminat untuk berpolitik...

dan aku pun tak pi langsung mesyuarat politik apa kebenda semua tu...

hang tak pa la berpolitik, sebab hang ada kepentingan... bukan kepentingan saja, malah dapat keuntungan lagi haaa... kalau aku berpolitik, apa aku dapat... hang nak bagi apa kat aku...???? habaq mai kat aku sat...

fahaman aku, kalau aku berpolitik apa pun, aku tetap macam ni... tak ada keuntungan buat aku...

baik aku dengan bisnes aku... lagi menguntungkan...

Sunday 25 March 2012

kesedaran atau menutup periuk nasi orang....

SPRM


tadi aku ada tengok satu iklan kat tv... iklan yang GTP(Government Tranformation Programme) tu... iklan ni pasal salah laku perasuah... aku pun baru perasan tadi je pasal iklan tu...

nampak sangat la aku ni jarang tengok tv... ahh, lantaklah... ni bukan nak cerita pasal selalu ke jarang tengok tv...


aku rasalah kan, tak sepatutnya pihak SPRM tu nak muat turunkan nama nama pesalah rasuah ni... bukannya apa, antara pesalah pesalah tu, tak mustahil ada yang dah bertaubat... mungkin ada yang nak berubah, yang dah insaf...

ok, cuba bayangkan kalau pesalah rasuah tu dah bertaubat, pastu nak cari kerja baru, mesti susah... mesti pihak majikan tak nak pekerja yang dah ada rekod macam ni...

walhal si pesalah ni dah insaf dan bertaubat... bagi aku ni memang tidak adil... cukuplah nama nama pesalah rasuah ni di simpan di pejabat SPRM untuk rujukan pihak SPRM je...

SPRM patut pertimbangkan balik pasal muat turun nama pesalah ni... bagi aku memang tak wajar... tu dah kira menutup periuk nasi orang... memalukan tu...

ni pendapat aku ja ok... pendapat korang semua apa pulak... cer komen...

Saturday 24 March 2012

hati luka kecewa...huhuhu...

aduhai, sampai hari ni pun, dok rasa kecewa lagi... kecewa disebabkan oleh orang lain... bukan sebab kesalahan diri sendiri... sorry, patutnya entry ni aku buat kelmarin, tapi dah banyak sangat halangan, aku buat hari ni...

minggu lepas aku berurusan dengan seseorang di Kuala Lumpur... urusan nak beli kereta baru... eeee, bestnya... isteri aku pun senyum memanjang... kereta lama aku tak dak dah... selamat tinggal perdana kesayangan aku... alang alang kereta lama dah tak dak, hati ni pun apalagi, mula lah berangan nak tukaq kereta baru... manusia ohh manusia... dok kira nak tambah hutang saja yang tau...

nak buat macam mana kan, tak mampu nak beli tunai... terpaksalah beli secara hutang... alaaa, berapa banyak sangat orang beli kereta secara tunai kan, tak pun sebab kereta tu dah tak boleh di finance oleh bank, tu yang terpaksa beli dengan tunai...

lagipun kereta kat Malaysia ni MEMANG MAHAL MAHAL BELAKA...

ok, minggu lepas tu, aku berurusan dalam telefon je... tak larat aku nak turun KL banyak banyak kali... aku ada minat sebuah kereta ni, kereta second hand jaaa... tu pun mahai nak mampoih, bak kata aku tadi, kereta kat Malaysia sememangnya mahal...

setelah semua harga dah dipersetujui, aku pun mintak la fotostat geran kereta sekali dengan fotostat AP(Approval Permit) kereta tu... kereta luaq negara kalau nak masuk loan kat bank, kenalah ada AP tu...

keesokan harinya, tuan punya kereta yang nak jual tu pun email la kat aku fotostat geran kereta sekali dengan AP... aku pun apalagi, bergegas terus ke bank... member aku yang akan uruskan semuanya...

bank pun proses la permohonan pinjaman aku tu... sebelum proses, bank terpaksala buat pengesahan AP tu... mana la tau kot kot AP klon ka...

aku cek baki hutang kereta tu kat bank ada dalam lingkungan RM60ribu lebih la... kereta tu dia jual kat aku RM90ribu lebih... maknanya tuan kereta tu akan dapat duit balik lebih kurang RM30ribu lebih laa...

setelah semuanya ok, owner telefon bagitau yang dia dah jual kereta tu dekat usedcar... alasan yang dia bagi, dia tak boleh tunggu lama lama... awat berapa lama dah yang hang berurusan dengan aku... baru seminggu ja yang aku tau... awat hang ingat bank tu bapak aku punya ka, boleh approve sesuka hati... haram sungguh... awat hang tak boleh tunggu ka sehari ja lagi... atau hang memang terdesak duit sangat sangat...

kereta tu kereta import, terpaksala sahkan AP tu dulu wei... kalau kereta Proton ka, Perodua ka, senang... tak payah nak sah sah dah...

buat penat aku pi bank ja, rasa macam menyusahkan member aku pulak... awat hang tak telefon aku bagitau yang hang nak tolak kat usedcar... kan boleh ja hang telefon bagitau... aku pun ada duit laa kalau hang nak yang baki tu...

ni kes yang kedua... sebelum ni jadi dah sekali... sakit hati sungguh bila berurusan dengan orang macam ni...

Friday 23 March 2012

sunyi sepi...

aduhhh duhhh duhhh... tadi bila tengok ja traffic kat blog aku ni, sedih sungguh rasanya... sunyi yang amat amat sunyi... almaklumlah, dah sebulan lebih tak dak entry apa pun... sapa nak kebuloq mai tengok blog aku nih haaaa... dah la blog pun buruk...

lainla kalau aku ni blogger yang sememangnya dah terkenal tu haa...yang pemes macam artis ka, tak pa la jugak kan... kalau dah pemes, tak dak entry apa pun mesti pakat singgah jugak...

tak pa lah, pasni aku akan aktif balik untuk menulis kat blog buruk ni... sebelum ni aku sibuk... kalau dah sibuk tu maknanya blog dengan pesbuk ni semuanya lepas ke tepi... apa pun aku tak online...

lagi pulak, aku bukan blogger sepenuh masa...

ok lah, nanti nanti esok je lah aku buat entry baru... kepala pun tengah berserabut... jiwa menjadi kacau bilau sebab sesuatu yang aku impi impikan terlepas begitu saja... sakit hati sungguh...

sampai jumpa lagi esok... haaa, esok boleh aku up kan cerita impian aku yang terkubur tu...

tungguuuu...

Thursday 16 February 2012

de Pauh Garden...

salam semua... ni ha aku nak share satu kedai makan yang aku singgah sebelah petang tadi... kebetulan aku ada urusan kerja kat kawasan Seberang Jaya,Pulau Pinang... macam biasala, lepas penat bekerja, perut mestilah laparkan... mesti la kena isikan dengan makanan... kereta pun kena isi minyak petrol, baru mau jalan... orang lain makan tengahari pukul 12.00 ke pukul 2.00 petang... aku ni makan tengahari pukul 5.00 petang... mau tak kebulur... bukan apa, nak jimat... hehehehe... ada jugak orang macam ni kan..??? makan sekali je, sebelah malam makan lagi sekali... kedekut... silalah cuci cuci mata dengan gambar yang aku ambik ni... kalau rasa meleleh air liur tu, cepat lapkan... nanti cuba la lapang lapangkan diri berkunjung kat kedai ni...

ingat tadi aku nak cuba western food kat kedai ni, tapi disebabkan seharian perut aku belum diisi dengan nasi, terpaksalah makan nasi dulu... lain kali kena cuba western food pulak...

ni air yang aku order, sirap bandung... yg lagi satu tu, kepunyaan isteri aku... dia macam biasa la, singgah je lah kat kedai makan mana pun, mesti dia akan order teh ais punyalah... ni bukan hantu kum kum tapi hantu teh ais.... hehehehe


tengok nasi putih ni macam sikit je, macam tak cukup la pulak... tapi lepas makan, rasa macam tak boleh nak habiskan... Alhamdulillah... syukur dapat makan...


ni lauk pauk yang memang biasa akan aku pesan... ni kira yang basic la... tomyam campur, daging goreng kunyit, sotong masak pedas... telur dadar kena wajib ada... kadang kadang yang menu daging tu aku tukar ngan udang...


seminggu dua ni aku terlalu suka pulak nak makan mushroom soup... lagipun boleh aku kongsi dengan si momey... bagi aku soup ni tak menepati citarasa... pekat... agaknya tersilap resipi kot petang tadi...

ni je lah aku bagitau... patutnya entry ni aku post petang tadi, tapi disebabkan bila sampai je kat rumah, aku tersangatlah mengantuk, terus aku tidur... lepas makan je kat kedai terus rasa mengantuk... pelik sungguh... isteri aku pun sama...

nanti kalau aku tak boleh nak tidur, wajib pi makan kat kedai ni... confirm boleh tidur... hehehehe...

Tuesday 7 February 2012

bantuan BR1M...

ada sesiapa yang mohon BR1M yang kerajaan bagi tu tak...???

siapa yang dapat bantuan tu... angkat tangan cepat... mesti tersenyum lebar... dapat RM500 tu... ingat senang ke nak dapat duit sebanyak tu... apalagi, pi la enjoy cepat...

ermmm, apa kelayakan untuk dapat BR1M tu ehh..?? setahu aku lah kan, bantuan ni dikhaskan untuk keluarga yang berpendapatan RM3000.00 dan ke bawah tu kan... betul tak...???

aku tak tau sangat pasal kelayakan untuk dapat bantuan tu... sebab aku sendiri pun tak mohon... tadi seseorang yang rapat dengan aku tunjukkan surat yang dia dapat minggu lepas... surat yang mengatakan permohonan BR1M dia tuh tidak diluluskan... aku pun jadi pelik, gaji dia tak sampai RM2500.00... anak pulak 5orang... banyak tu yang dia nak kena tanggung... boleh patah bahu... hehehe... ahhh, mengarut pulak dah...

kat surat yang dia dapat tu kan, ada ditandakan kat kotak yang bertulis tidak memenuhi syarat kelayakan... pulok dah... sebab apa yang tak memenuhi syarat...??? cuba la bagitau pemohon... baru pemohon berpuas hati kalau tak lulus pun kan... ini tak, cuma bagitau tak memenuhi syarat kelayakan...

apa syarat kelayakan yang sebenarnya... aku pun tak boleh nak jawab... sebab ni bukan bidang tugas aku...

tak pelah, anggap saja ni bukan rezeki kau...

ni haa surat yang kawan aku dapat tu...
ada syarat tersembunyi kot agaknya...

Sunday 5 February 2012

laksa janggus...

sepatutnya aku nak buat entry ni kelmarin, tapi disebabkan gangguan si momey aku semakin menjadi jadi kebelakangan ni, maka terpaksa lah aku buat malam ni... kelmarin aku sekeluarga makan laksa janggus kat Kampung Perlis... bukan kat Perlis, tapi kat Penang... cuma nama tempat tu Kampung Perlis... nak buat macam mana kan...

mula mula mencari kedai ni, punyalah payah... mana tak nya, kena masuk kampung... aku ingatkan senang... mungkin untuk orang Penang senang nak mencari, tapi kalau bukan orang Penang macam aku ni, memang sesat la jawabnya...

ni kali pertama aku makan kat kedai ni... kuah laksanya memang sedap... ada sesetengah kedai tu, kuah laksanya masih ada tulang tulang ikan... kuah jenis tu memang aku tak suka... isteri aku makan bihun th'ng... semua makanan memang sedap... teramat menyelerakan...

sedap laksa ni, tambah cili potong sikit, mesti lagi terangkat... nak lebih rasa, tambah je kicap atau otak udang...

ada sesuatu yang menarik minat aku kat kedai ni... korang nak tahu apa..???

jeng... jeng... jeng...

pisang goreng sama ubi keledek goreng... menu ni memang sedap... tak boleh nak komplen apa pun... pendek kata, terbaiklah...

sebab apa aku kata terbaik, selama ni aku tak pernah makan pisang goreng atau ubi keledek goreng dalam jumlah yang banyak... ni lah kali pertama... aku beli pisang goreng rm3, ubi keledek goreng pulak aku beli rm2... semuanya aku makan sorang...

kuat betul makan... dah la makan laksa, sumbat pulak pisang sama ubi keledek goreng, last last perut membusung... maju kedepan... memang kenyang...

lepas makan laksa janggus tu, aku dah jadi peminat laksa... sebelum ni aku tak minat laksa... gambaq pisang dengan ubi keledek goreng tu aku terlupa ambik... rugi rugi...

Saturday 4 February 2012

diganggu makhluk halus...

bila mai ja waktu malam, masa aku on ja laptop... mesti tak senang duduk... nak berblog atau nak komen mengomen kat facebook mesti terbantut dek kerana gangguan makhluk halus... sebab tu lah kat blog aku sekarang nih dah tak dak entry terbaru macam dulu dulu...

masa bila nak buat entry kalau dah dok kena kacau ja... nak buat entry pun tak senang... idea pun hilang ntah kemana...

makhluk halus yang aku maksudkan tu ialah si momey aku... hahahaha...

dia ni pantang tengok aku on laptop... mesti dia nak mai tekan tekan sama... paling tak tahan, dia asyik merengek ja kalau permintaan dia tak di layan....

kalau nak bagi dia diam, terpaksalah tinggalkan laptop... kalau aku tak duduk kat depan laptop, boleh pulak dia diam... boleh pulak dia main segala permainan yang ada tu...

nak tak nak, terpaksa lah bersabar... sementara dia nak membesar, nak paham apa yang kita cakap, memang macam tu lah perangai budak budak kecik...

harap harap lepas sampai ipad yang isteri aku pesan tu, si momey aku ni tak lagi nak berebut laptop ni... ni ipad yang budak budak punya tau... bukan ipad yang betul tu... jangan salah sangka pulak... daripada aku beli ipad yang betul tu kat dia, baik aku guna sendiri... hahahaha...

entry ni aku buat masa makhluk halus tu tengah tidur... hehehehe... krohh krohh dia... sebelum dia bangun mengganggu laptop aku ni, baik aku off kan dulu...

Monday 30 January 2012

tekanan perasaan atau sakit jiwa... aku pun tak tau...

ni aku nak cerita pasal seorang pemandu kereta yang ada masalah tekanan perasaan atau sakit jiwa... aku pun tak berapa pasti... tapi dari cara pemanduan dia tu, aku tengok pemandu ni mesti ada sesuatu yang tak kena... gambar ni aku ambil semasa aku nak ke Perlis tempoh hari... ehh, silap... aku suruh isteri aku yang ambil gambar ni... aku tengah memandu... susah nak ambik gambar...

pemanduan biasa...

pada mulanya kereta kat myvi kat depan aku ni duduk kat tengah tengah garisan tengah tu... aku nak potong pun tak boleh... dalam hati ni mula menyumpah dah... kalau ya pun nak bercinta, nak bermesra mesraan ka, jangan sampai nyusahkan pemandu lain... aku pun apalagi, mencucuk rapat... dah memang menjadi tabiat aku... bila dia perasan yang bontot keretanya di cucuk cucuk, baru la dia ubah ke lorong kanan... sepatutnya masuk laa lorong kiri... senang aku nak memotong...

nak kata dia bawak laju, tak la pulak... aku bawak 140km/j... padan la, kereta pun anak ciput... mana leh henjut laju laju... lagipun anak bini kat dalam tu... merbahaya...

bila jiwa menjadi kacau... inilah cara cara memotong yang paling efisyen...
yang aku rasa teramat pelik dengan sikap pemandu myvi tu ialah, kenapa dia memotong ikut lorong yang paling kiri sekali... tu kira lorong motosikal la kan... binawey punya pemandu perempuan tu... selepas dia puas memotong, dia masuk balik lorong paling kanan... cuma bila dia nak memotong ja dia berperangai macam tu... padahal kereta kereta kat depan dia tu bukannya laju mana pun... kalau dia bagi lampu pun, mesti kereta kat depan tu bagi laluan untuk dia memotong...

lagi 1 hal, pemandu myvi tu seolah olah macam nak ajak aku berlumba... ehh, aku kalau bab nak ajak berlumba ni, no hal... boleh kurangkan rasa ngantuk... hehehehe...

tapi apa kan daya, kereta aku tak setanding dengan kereta dia... kereta aku 1000cc je... myvi dia terang terang 1300cc... konpom aku kalah...
nasib baik sempat dia tu mengelak... kalau tak, mesti menyondol lori yang tersadai kat tepi lebuhraya tu... makan botol plastik la jawabnya...


dalam perjalanan tu, ada 1 kemalangan... dua buah lori bergesel ka hapa entah la... yang aku nampak, botol botol plastik yang nak dikitar semula tu penuh berselerak kat tepi jalan... nasib baik myvi gila tu sempat mengelak... kalau tak, mesti menyondol lori yang tersadai tu... jadilaa myvi botol plastik...

pemandu perempuan zaman sekarang ni hebat hebat belaka... kalah pemandu lelaki...

Saturday 28 January 2012

ayam yang sedap... kedei manok tunok sarawak

dah seminggu lebih aku tak berblog... bila dah tak buka blog, tak buat entry, maka vierwers aku pun jatuh menjunam macam lawan terjun papan anjal tu... kalau masuk sukan SEA ka, Olimpik ka, mesti aku menang... sebab terlampau junam... silap silap boleh berlubang lantai kolam renang tu...

seminggu ni aku sibuk dengan urusan kerja, jadi memang tak dak masa nak buat entry... kerja apa tu.??? eheh, dah dah... jangan nak menyibuk ok... kerja aku la... tak payah la korang tau kerja apa... biarlah rahsia... baru best...

ni aku nak kongsi satu kedai makan yang aku singgah petang kelmarin dulu... lokasi kedai ni kat tepi lebuhraya Changloon - Kuala Perlis... tempat ni namanya Titi Kerbau...



nasi ayam special peha...

ayam panggang yang sedap...
nasi ayam ni menepati piawaian citarasa tekak aku... next time boleh singgah lagi laa... nak cuba sup yang dalam buluh tu pulak...

menu...

sup special...
masa aku sampai tu, sup ni semuanya dah tak dak... dah habis kot... maklumla, sampai pun dah dekat 4petang... pelanggan pun dah tak ada... makanan pun cuma tinggal saki baki ja lagi...

kalau waktu tengahari, pelanggan memang penuh laa... sup pansoh ayam tu kalau tak silap aku, dimasak dalam buluh... ala ala macam bakar lemang gitu...

dengar dengar cerita lah kan, resipi ni di import dari Sarawak...

bagi sesiapa yang teringin nak merasa masakan ni, boleh la datang ke kedai yang aku bagitau nih haa... pasti tak kuciwa... (macam iklan lah pulok)

Wednesday 18 January 2012

bila ditinggalkan isteri....

aduhhh... perut dah krokk krekk berbunyi... tanda tanda aku tengah kelaparan ni... yang si momey aku ni pulak sedap je krohhh krohhh tidur... tinggal laa aku keseorangan yang tengah seronok berpoya poya dengan laptop cabuk nih...

isteri aku..??? huh malam ni dia kerja... maknanya dia akan makan kat luar dengan kawan kawan dia... aku pulak bedal je lah apa yang ada kat rumah ni...(tu pun kalau ada makanan)

dah la siang tadi beli bungkus je kat kedai... malam ni terlopong ternganga laa...

masak..??? memang tak la kalau nak kena masak... masak maggi tak pa... bukan apa, tak berbaloi je kalau aku nak masak...aku sorang je yang nak makan... nak pesan McD pun, semalam dah makan... takkan malam ni nak makan benda tu lagi... aduhaiii, beginilah nasib diriku yang kena tinggal...

pekena dengan maggi pun ok jugak...

krokkk krekkk... ehh, tak leh jadi nih... siren bunyi pulak dah... tahap kelaparan dah memuncak...

nak pi gerodek peti sejuk dulu ahh... mana tau kot kot ada makanan yang boleh aku melantak jap gi... hilang sikit tahap kelaparan aku ni...

ni je lah penyelamat aku malam ni...

haaa... terpaksalah mentedarah maggi yang sememangnya berbungkus bungkus di buat stok kat rumah aku ni...(bukan stok untuk bulan puasa tau)..hahahaha

maggi pun maggilah... janji kenyang... syukurlah dengan apa yang ada...

hujan susu...

pagi ni berlaku satu kejadian aneh... hujan susu mencurah curah kat atas kepala aku... tak sempat aku nak mengelak... habis basah lencun...
hujan buat sendiri... macam budak budak tadika je...

kejadian berlaku lebih kurang pukul 8 pagi tadi... waktu tu aku tengah nyenyak tidur... si momey aku yang setiap paginya bangun awal telah menuang habis sebotol susu kat atas kepala aku... aku nak marah pun, budak kecik lagi... tak paham satu benda apa pun lagi...
habis sebotol susu...

pengajaran yang aku dapat, bangunlah lebih awal... hehehehe... heh, jangan ingat aku selalu bangun lewat pulak... pagi tadi je aku terbabas sikit...

selalunya momey aku ni kalau dah bangun, dia mesti akan bermain seorang diri... tak pun aku akan bagi dia tengok cerita kartun ka... tak pernah pulak dia buat perangai tuang tuang susu ni... agaknya lah kan, pagi tadi dia dah bosan kot... pastu pulak tak tau macam mana nak kejut aku... nak cakap pun tak pandai lagi...
ini lah botol yang digunakan untuk...

aduhai momey daddy... tapi tak pa lah, daddy sayang momey... lain kali jangan buat lagi tau... dah la susu tu mahal... setin dah rm70... sebulan 4 tin kau habiskan... cuba kira berapa kos susu dalam sebulan... duit memang boleh di cari, tapi nak dapat duit susah sekali...

penat memujuk rayu...

tadi aku berjumpa dengan salah seorang sahabat yang kerjanya jual jual barang tu... alahh yang orang panggil MLM tu la... jual barang ka tipu orang ka yang tu aku tak tau lah... aku ni pantang sikit kalau bab bab MLM... sebab aku bukan dalam bidang tu... lagi pulak, aku tak tau macam mana ahli ahli MLM ni beroperasi... pendek katalah kan, aku memang tak berminat laa... yang aku tau puak puak MLM dok kira nak pakai bm... alaa, BMW laaa... kan orang selalu sebut bm...

selama aku hidup ni lah kan, aku tak pernah sekali pun terjebak dalam kancah MLM...

ok, masa aku jumpa sahabat ni tadikan, jumpa kat kedai mamak je... dia ada la menyuarakan hasrat hatinya untuk membeli sebuah bm... BMW la... aku pun apa lagi, hentam sama dia... kalau nak cepat kaya, nak tarik downline ramai ramai, kena la pakai kereta mewah... kena tunjuk kat orang kata bisnes ni untung... konon konon nak sindir dia lah tu... padahai dalam hati dengki pun ada... mana leh dia pakai BMW... patutnya aku yang kena pakai dulu... hahhahaha...

sembang punya sembang, cehh... sekali dia mau tarik aku jadi downline dia la pulak... sorry lah bro... gua tarak minat ini bisnes... ini bisnes bukan gua punya bidang...

mesti dia hampa dan kecewa sebab aku tak berminat dengan ayat ayat jiwang karat memujuk rayu aku supaya terjebak dalam kancah MLM tu... hahaha...

selesai perjumpaan, aku ingat dia nak bayar minum... sembang ratus ratus ribu... takkan nescafe ais 2 gelas yang aku minum tu pun tak mampu nak bayaq kot... tapi tak pa lah, meh aku belanja... semoga rezeki aku berlipat ganda nanti... Aminnnn... kot kot aku boleh beli BMW lagi cepat dari dia...

Monday 16 January 2012

main macam mana tu..???

masuk hari ni dah 3 hari aku tak buat entry... lama jugakkan..??? bukan aku tak mau buatla, cuma aku tak sempat nak buat... hari Jumaat sibuk dengan urusan kerja kat Kuala Lumpur... Alhamdulillah... selesai jugak kerja aku hari tu... Sabtu dengan Ahad aku bawak anak dengan isteri ke Genting Highlands... saja nak hiburkan hati si momey aku... pi perabih duit sama...

masa kat Genting tu kan, isteri aku tunjuk sesuatu kat aku... aku pun apalagi, terus la tengok... laaa, ingatkan tunjuk apa... dia tunjuk leher sorang budak pompuan ni... adala setompok tanda warna merah... gigitan cinta lah tu(lovebite)... agaknya semalam pasangan tu mengganas sakan kat dalam bilik hotel... tambahan pulak cuaca sejuk, apalagi... paham paham ambikla... biasalah tu... anak muda zaman sekarang... Malaysia Boleh...

tapi yang tak bolehnya, pasangan budak pompuan tu pompuan jugak... pengkid la nih... bukan main sakan berpeluknya... kalah kemesraan aku dengan isteri...

woo.. ho... ho...

hebatlah bangsa melayu... kalau bangsa lain tu aku tak ambik pot sangat... macam mana la pasangan tu ber'main'... aku pun hairan... diaorang ni tak ka rasa malu ka..??? jijik ka..??? agak aku lah kan, diaorang ni rasa stim terlebih kot no kalau sesama jenis...

ishhh... sat aku nak cuba bayangkan aksi mereka waktu kat dalam bilik hotel... hahahaha...

Thursday 12 January 2012

menyelam sambil minum air...

alhamdulillah... syukur tak terhingga aku panjatkan ke hadrat Ilahi... masuk saja tahun baru ni banyak pulak aku dapat projek... kemungkinan besar, besok pagi aku kena berangkat ke Kuala Lumpur untuk berbincang satu urus niaga penting...(bukan kemungkinan lagi, memang betul pun)

untuk isteriku yang ku sayang tu, cepat cepatla berkemas... besok pagi jom ikut sekali ke Kuala Lumpur... syok lah tu... lepas urusan kerja selesai, bolehla kita bercuti sekali... bolehla bawak si momey ni jenjalan...

harap harap urus niaga ni berjalan dengan lancar... semoga Dia mempermudahkan segala urusan aku esok... Amin...




kalau selalu dapat projek besar macam ni, nanti bolehla aku tunaikan semua wishlist isteri aku tu... mesti dia melompat lompat keriangan macam budak kecik dapat eskrim...hehehehe

Wednesday 11 January 2012

memang tak dinafikan, ni memang sedap...

selamat malam... ehh, korang dah makan ka..??? nih aku nak kongsi satu kedai makan peberet aku... bukan aku sorang ja, isteri aku pun suka kedai nih... lokasi kedai ni kat Kampung Pelet, Kubang Semang, Pulau Pinang... dulu aku tak tau pasal kedai ni... padahal tiap tiap hari dok lalu jalan tu... kedai ni diperkenalkan oleh kawan kawan isteri aku... kedai ni pulak memang jauh laa dari jalan raya... kena masuk kampung gitu... suasana kedai ni fuhhh, terbaik... 5bintang gitu...
ni bukan kad touch n go tau, ni kad touch n keluarkan duit dari poket anda...
kedai ni memang luas... tempat nak parking kereta pun luas... segala galanya luas... rasa macam nak tidur kat situ pun ada... tapi awas..!! kalau hari hujan, ada bau yang kurang menyenangkan sikit... bau kambing... sebab ada kandang kambing... segala ternakan memang dipelihara sendiri...
menu sampingan yang selalu aku pesan... selalu jugak tak habis...
cendawan ni memang depa tanam sendiri... ok gak la cendawan goreng ni... tapi kalau aku pesan, selalunya tak habis... sebabnya aku sorang ja yang makan... isteri aku tak berapa gemar sangat... dia lebih gemarkan wifi kat kedai ni... lepas order ja makanan, kompom dia akan online dengan abg sam S2 yang aku beli kat dia tuh... aku nak pinjam untuk ambik gambaq pun bekira... huh, nanti aku beli D90 baru dia jeles...
ni lah kambing grill yang memang menjadi pilihan aku dengan isteri... ni makanan peberet kami dua...
ok... ni menu utama... mesti korang terliurkan..??? ehh, tutup mulut tu... nanti terkeluaq air liur korang...hehehehe... makan malam kami berdua ialah kambing grill... yang ni memang jadi kegemaran kami laa...kalau kami mai kat sini, kami memang makan benda ni ja... kalau makanan melayu bagi aku tak berapa nak terangkat sangat... daging kambing tu memang lembut... bagi yang pakai gigi palsu, jangan risau... gigi palsu anda takkan tercabut bila mengunyah daging tu... gerenti lembut... sos lada hitam dia pun sedap... overall memang menepati citarasa aku dengan isteri laa... citarasa kami ni tinggi sikit... (belagak la konon)

sepetang bersama anak.....

wah... rasanya dah banyak hari aku tak dak entry terbaru... bukannya apa, sibuk bekerja... keluar awal pagi, balik rumah pun awal pagi... waktu mana nak buat entry... tul tak..??
kerja... kerja... kerja...

bila dah sampai rumah, terus tidur... dah seharian bekerja mestilah letih... terkejar kejar ke sana, terkejar kejar ke sini... nasib baik hari ni aku tak sibuk... cuma sebelah pagi tadi je ada keja sikit... sebelah petang aku nak luangkan masa untuk si manja momey aku... maklumlah, dari Ahad sampai Selasa aku sibuk... tak sempat nak bermain main dengan dia... walau macam mana pun, aku suka dengan kerja aku ni...
tak suka pun buat buat suka je lah...

kesian si momey, dah 3 hari terabai... budak budak kecik ni kena bagi banyak perhatian sikit... lagipun anak aku ni memang manja dengan aku... ok lah, aku nak bersiap siap...

malam nanti ingat nak bawak isteri dengan momey makan kat luar... nanti malam aku buat entry pasal restoren yang aku nak pi jap lagi ... restoren peberet aku lah tu... isteri aku tu kalau aku ajak je dia makan kat restoren tu, mesti dia tak tolak punya... aku gerenti... hehehehe

Sunday 8 January 2012

kembali pulang...

setelah aku mengeluarkan segala tenaga, berhempas pulas melawan penyakit semua, akhirnya hari ni aku kembali normal, sihat seperti sedia kala... Alhamdulillah...(eleh, demam dengan selesema ja pun,saja buat teruk lebih)... aku tak lagi demam... selesema pun hilang dah... lega rasanya...mood nak buat entry pun mai balik dah... ada rahmat di sebalik setiap dugaan tu...

bab entry tu tak pa... nanti belah malam pun boleh buat... hari ni aku kena selesaikan satu urus niaga dulu... harap harap semuanya akan berjalan dengan lancar... Amin...
permudahkanlah segala perjalanan hidupku...
ok lah, nak pi buat white kopi dulu secawan... roti gardenia ada dah... tu ja la yang menjadi santapan aku pagi ni... apa..?? isteri aku..?? oh, harini dia bekerja... nak buat macam mana, kerja dengan orang... lain la kalau kerja sendiri... bila bila masa boleh cuti... tapi kalau kerja sendiri macam aku ni, banyak cabarannya... risiko tinggi... bukan susah nak jadi susah dan bukan senang nak jadi senang...
dua dua pun sodap...janji ada rasa...

fresh egg vanilla pebret anak aku tuh... sarapan paling ringkas...

ehh... korang dah sarapan belum..??? kalau belum, aku nak pelawa...

Friday 6 January 2012

selalunya sedap... hari ni hilang nikmat pulak...

bersyukurlah kamu ke atas segala anugerah yang telah dikurniakan olehNya... cuba kamu semua bayangkan kalaulah Dia tarik balik salah satu deria yang selama ni kamu ada, apa perasaan kamu semua... mesti hidup ni tak bermakna kalau nikmat yang kita perolehi tu, hilang secara tiba tiba kan... tulah yang terjadi kat diri aku...

semalam aku telah kehilangan satu deria... aku tak dapat nak bezakan makanan tu sedap atau tak... alaaa, korang semua pun mesti penah jadi macam aku kan... sob sob selesema... bila nak makan mesti rasa tak berselera, tul tak..??? padahal perut tengah berkeroncong main lagu hindustan...

bila lah semua ni akan berakhir... aku dah tak sanggup nak hadapi hari hari esok dalam keadaan macam ni... dah tak larat nak sob sob... sat sat meleleh... sob lagi... kalau tak sob nanti menitik nitik kat lantai... tergelincir pulak si kecil aku ni kalau terpijak... hehehe

ubat selesema dah makan, tapi tak baik baik jugak... aduhai... kesian kat isteri aku, mesti dia kecewa sebab aku kata masakan dia tak dak rasa... tak sedap... hehehe... aku kan selesema, so dia tak boleh nak salahkan aku... walaupun tak dak rasa, habis jugak dua pinggan nasi... korang dah makan ka...???

bangang, tapi teringin nak berniaga...

macam macam jenis peniaga ada kat muka bumi ni... bagi aku la kan, nak berniaga tu tak salah, tapi harus kena pada cara berniaganya... lagipun berniaga ni kan bagus... strategi perniagaan tu faktor utama bagi orang yang berniaga... kalau strategi tu tak betul, alamat bungkus laa perniagaan tu... kalau nak jadi peniaga yang berjaya, kena pandai pikat pembeli... bila pembeli dah terpikat atau tertarik, mesti barang yang nak dijual tu akan berjaya dijual...

aku pun berniaga jugak... tapi tak pernah la pulak nak guna cara yang macam peniaga ni guna... korang nak tahu strategi apa yang peniaga ni guna... haaaa.... jeng jeng jeng....

ni bukan gerai yang aku maksudkan tau... nanti korang ingat gerai ni pulak.. gerai yang aku cakap tu kecik sikit...

depan Nasmir ni la para peniaga dok meniaga barang masing masing... memang meriah...

kes ni berlaku di Penang... di kawasan Bandar Perda... bagi orang Penang, sudah semestinya tau dengan tempat yang aku maksudkan... setiap malam, para peniaga akan meniaga... macam macam ada, korang cakap je nak apa, semua ada... baju, handbag, jam, tudung, selendang, seluar, kasut, ahhh tak larat lah aku nak senaraikan... korang datang lah sendiri... kalau hujan je diaorang tak berniaga... tapi kalau dekat dekat nak raya, fuhhhhhh.... sesak weiiii... jenuh nak mencari parking...

ehhh, melalut pulak... kembali ke topik tadi... aku ni kalau dah mula menaip, mesti nak melalut...

aku tertarik meluat dengan satu gerai nih... apa yang dia jual tu, tak payah lah aku bagitau... barang yang dia jual tu, tak banyak persaingan... aku ada terdengar sesuatu semasa melintas gerai tu tadi... samada tauke atau pekerja yang cakap tu aku tak berapa pasti... aku bukan tau sapa pemilik gerai tu... kalau korang dengar, mesti korang semua meluat, mesti tak nak singgah kat gerai tu...

" yang comey, yang lawa, mai singgah, yang tak comey, tak lawa, boleh blahh"

apa perasaan korang bila dengar peniaga kata macam tu... tak kisah la yang kata tu pemilik atau cuma pekerja kat gerai tu... mesti korang takkan singgah kat gerai tu kan... aku bukan apa, yang meniaga tu melayu, macam tu ka cara anak muda melayu berniaga... tak seharusnya laa cakap benda macam tu...

tu ka cara nak tarik pelanggan... bagi aku tu cara nak halau pelanggan... nak berniaga, kena la beradab... kalau gerai korang tu cantik pun, tapi bahasa yang digunakan tu teramat teruk, pelanggan takkan singgah punyalah gerai korang tu...

ni lah kali pertama dalam hidup aku jumpa peniaga yang bangang macam tu... kerana mulut, perniagaan lingkup...

Thursday 5 January 2012

bila dah nampak dunia luar....

ni yang aku dapat masa dok online pesbuk tadi... salah sorang sahabat lama hantaq dekat aku... bila aku baca semua ni, aku tak nafikan, benda ni memang berlaku zaman sekarang ni...

KALAU SAYANG IBU, BACA LA , TAK LAMA PUN, 5 MINIT JE .
Orang kata aku lahir dari perut mak ! (Bukan orang kata , memang betul pun)
Bila dahaga, yang susukan aku, Mak
Bila lapar, yang suapkan aku, Mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku, Mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut, Mak
Bila bangun tidur, aku cari, Mak
Bila nangis, orang pertama yang datang, Mak
Bila nak bermanja, aku dekati, Mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah, Mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya, Mak
Bila nakal, yang memarahi aku, Mak 
Bila merajuk, yang memujukku cuma, Mak 
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah, Mak 
Bila takut, yang tenangkan aku, Mak 
Bila nak peluk, yang aku suka peluk, Mak
Aku selalu teringatkan, Mak 
Bila sedih, aku mesti telefon, Mak 
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahhu, Mak 
Bila bengang, aku suka luah pada, Mak 
Bila takut, aku selalu panggil, " Mmaaakkkk !!!! "
Bila sakit, orang paling risau adalah, Mak 
Bila nak exam, orang paling sibuk juga, Mak 
Bila buat hal, yang marah aku dulu, Mak 
Bila ada masalah, yang paling risau, Mak 
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni, Mak 
Yang selalu masak makanan kegemaranku, Mak 
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk, Mak 
Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku, Mak 
Yang selalu berleter kat aku, Mak
Yang selalu puji aku, Mak 
Yang selalu nasihat aku, Mak
Bila nak kahwin, orang pertama aku tunjuk dan rujuk, Mak 

aku tak nafikan semua yang kat atas tu memang betul... alaa, korang pun mesti macam tu kan... ngaku je lah... malu malu pulak... tetapi, bila pandai bercinta, bila dah ada boypren gepren, hilang la semua yang kat atas tu...

Bila ada pasangan hidup sendiri

berkepit macam belangkas...


Bila seronok, aku cari, Pasanganku
Bila sedih, aku cari, Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada, Pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada, Mak
Bila bahagia, aku peluk erat, Pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat, Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa, Pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah, Mak
Bila sambut valentine, aku bagi hadiah pada Pasanganku
Bila sambut hari ibu, aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu ”
Selalu, aku ingat Pasanganku
Selalu, Mak ingat kat aku
Bila-bila, aku akan telefon Pasanganku 
Entah bila, aku nak telefon Mak 
Selalu, aku belikan hadiah untuk Pasanganku
Entah bila, aku nak belikan hadiah untuk Mak

i lap u... u lap me...

Renungkan :

Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja, bolehkah kau kirim wang untuk mak...???

Mak bukan nak banyak, lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah...

Berderai air mata jika kita mendengarnya...

Tapi kalau mak sudah tiada...

" MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT ! "
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya ! Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya ! Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya ! Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya ! Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya ! Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya ! Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya !
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu . Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya . Kos upah membantu ibu :

1) Tolong pergi kedai : RM4.00


2) Tolong jaga adik : RM4.00

3) Tolong buang sampah : RM1.00

4) Tolong kemas bilik : RM2.00

5) Tolong siram bunga : RM3.00

6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca , si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya . Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama .

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu . Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata ,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya .