Wednesday 9 May 2012

aku kena sindir...


sekarang ni susah nak jumpa stesen minyak yang masih gunakan khidmat jurupam minyak... baik Petronas, Shell, Caltex, Esso, mahupun stesen minyak lain yang aku tak sebutkan tu... semuanya guna sistem layan diri...

petang tadi waktu aku singgah untuk isi minyak kat satu stesen minyak Shell, ada jurupam... bagus jugak stesen minyak ni... sebab tak perlu aku berjalan ke kaunter untuk bayar duit minyak... senang sikit kerja... aku pun bagila RM30 kat jurupam tu... dia sendiri yang isi minyak kereta aku tu... aku tengok je lah kan... dah dia yang nak isi...

jurupam tu pun isi minyak RON95... memang aku isi minyak RON95 untuk kereta kecik ni... kalau nak isi RON97, rasa tak berbaloi pulak... RON97 kan mahallllll.... seliter RM2.90 kot... baik aku isi RON95 yang harga RM1.90 tu...kan jimat...

masa tengah isi minyak tu, jurupam tu tanya aku...

jurupam : u guna RON95 ka RON97...???

aku        : kalau ini kereta, memang guna RON95 la... apa pasai...???

jurupam : waaaa, u kaya laa...

aku        : apa pasai kaya pulak... ini minyak murah apa... kalau aku kaya, mesti pakai RON97 laa...

jurupam : ini RON95 lagi mahai oOoOo dari RON97... u cuba tengok harga sebenar... semua orang cakap murah sebab itu kerajaan sudah bagi subsidi... u tengok itu RON97 punya harga baru RM2.90... RON95 punya harga RM3.41 untuk satu liter... lebih baik kerajaan bagi subsidi dekat itu RON97... mesti lagi murah... lagi pulak itu minyak lagi bagus dari RON95 apa...





dah selesai isi minyak, aku pun balik laaa... aku pun terfikir, ada betui jugak apa kata jurupam tu... minyak RON95 lagi mahal la... kualiti pun kurang... kenapa kerajaan bagi subsidi kat minyak yang kurang kualiti... lepastu pulak, harga asal lebih dari harga minyak yang berkualiti...

baik bagi subsidi kat RON97 yang harganya baru RM2.90 seliter tu...

tah lah, aku pun konpiussss... ada ka orang yang lebih arif bab minyak ni... aku tak pandai bab minyak ni...

korang pulak isi RON95 ke, RON97...???






Thursday 26 April 2012

polis biadab... makan rasuah dah la ni...

ADA YANG BAGUS, ADA YANG MACAM BINATANG...NI LAH REALITI POLIS MALAYSIA...


ho ho ho hoh.... panas punya cerita nih... cerita ni berlaku kat seseorang yang rapat dengan aku... segala sumber yang aku dapat ni, tak tau laa samada 100% tepat atau tak... tapi yang bagi maklumat ni, memang jujur dan boleh dipercayai sejak dahulu lagi... kiranya kisah ni memang benar benarlah kan... saksi kejadian pun ada sekali... bukan 3 saksi jer, 5 saksi lagi tu... bab saksi memang dah cukup sempurna dah....

ceritanya begini...

ada seorang pemilik kedai makan yang baru nak beroperasi telah menyewa bekalan elektrik dan juga air dari sebuah rumah yang berhampiran dengan kedai makan tu... bulan pertama, sewa ok... bayar cantik...

bulan seterusnya tu, mulalah buat perangai... bila TUAN rumah dah potong bekalan tu, TUAN rumah ok... aku ulang, TUAN rumah... yang penyewa tu terus serang tuan rumah... kalau aku jadi tuan rumah tu pun mesti bengang gila... bil elektrik dengan air dah bertimbun tak penah bayar... kata berniaga ribu riban... takkan elektrik ngan air pun tak mampu nak bayar...

ok, bila TUAN rumah tu potong bekalan, yang penyewa ni nak serang TUAN rumah buat apa...??? sepatutnya hang dah tau sebab apa TUAN rumah tu potong bekalan... hang pi la bayaq...

boleh pulak pi serang TUAN rumah... kalau pi berbincang tak pa lah jugakkan...

berlakulah pergaduhan mulut antara penyewa dengan TUAN rumah... disaksikan jiran sebelah seramai 3orang... penyewa tak puas hati, terus dicapainya cangkul... konon konon nak menyangkul TUAN rumah lah kot...

TUAN rumah apalagi,terus ambik penukul dengan parang ketot... hehehehe

ketot ketot pun kalau kena, berjahit jugakla kan... hah, nak berperang sakan nih... sorang Hang Cangkul, sorang lagi Hang Parang bin Penukul... tetiba merapu plak... soriiii

Hang Cangkul ni dah berasa takut, terus lari masuk dalam kereta... semua pintu kereta di kunci sepantas kilat... gilalah kalau tak lari... tak pasal pasal makan penukul...

Hang Parang bin Penukul ni apalagi, tak puas hati laaa... dikelilingnya satu kereta... ala gaya gaya tester kat puspakom tu...

bila nafsu dah menguasai diri, apalagi... kereta tu la yang jadi mangsa akhirnya... kenala ketuk sikit ngan penukul... ala, sikt ja pun...

sikit pun dah kira salah la kan, sebab tu bukan kereta kita... tu harta orang lain... dah dikira merosakkan harta benda orang...

Hang Cangkul ni terus pulang bersama kereta yang dah diketuk sikit tu... Hang Parang ni pun apalagi, pi la pulak Balai Polis untuk buat repot mengatakan dia telah mengetuk kereta Hang Cangkul tu tadi...

rupa rupanya, haaaaaa..... ni yang best....

Hang Cangkul pun join sekali pi buat repot jugak... semasa kat balai polis tu, ada anggota polis yang menjaga Hang Cangkul ni... Hang Cangkul ni dah `bela` polis tu rupanya... kiranya dah rasuah laa... ehh, polis tak terima rasuah... tengokla kat uniform yang depa pakai tu... mesti ada `SAYA ANTI RASUAH`... tul tak..??? kalau dah rasuah, bukan polis namanya tu... tu binatang...

binatang kat balai tu tak terima langsung segala apa yang Hang Parang ni cerita... padahal saksi iaitu jiran yang 3orang tu pun pi balai jugak... punya kuat binatang tu makan rasuah...

hebat.. hebat... ni lah pukulan kekuatan duit...


tiba tiba Hang Parang yang di tahan... tak pasai pasai kena gari... kalau dah kena tahan tu, maknanya kena tidur kat lokap la semalam dua...


ada ka patut seseorang yang cuba nak mempertahankan diri, didapati bersalah.... terus ditangkap... ehh, kalau aku lah kan, aku buat salah, aku takkan pi buat repot... silap silap aku lari terus... hahahahaha...

semasa dalam lokap polis...

SALAH SEORANG ANGGOTA POLIS TELAH MENAMPAR DI BAHAGIAN MUKA DAN TELAH MENENDANG DI BAHAGIAN DADA... anggota polis ka binatang... aku gelarkan binatang jugaklah... ni dah salah di sisi undang undang... tak boleh pukul tahanan... dan tak boleh pukul bahagian muka...

ni seorang yang tak bersalah, pi buat repot, terus ditahan... alasan yang POLIS cakap sebab ugutan dan menggunakan senjata... ehhh, bukan dia sorang ja yang bersenjata... Hang Cangkul pun bersenjata cangkul jugak... memang banganglah POLIS BINATANG kat BALAI POLIS BALAI BARU,BESERI,PERLIS... dah makan rasuah, cakap apa pun tak guna

tiada siasatan yang dijalankan... serius, memang POLIS BINATANG tak buat siasatan... kalau siasatan dijalankan, takkan boleh sesuka hati tangkap orang... kepala bapak hang lah POLIS... hang jangan ingat bila nama hang POLIS, hang dah besaq kepala... ni yang namanya POLIS BINATANG tak guna... tak semua POLIS BINATANG yang berperangai macam tu...salah guna kuasa...

dah kena tangkap, kenalah dakwa kat mahkamah pulak... POLIS BINATANG pesan pada ahli keluarga dan saksi bahawa tak perlu hadir ke mahkamah... ewah ewahh... mahkamah bapak dia kot... sebab tu yang tak bagi pi mahkamah...

ahli keluarga lantik seorang peguam dan kes pun telah diselesaikan bila wang jaminan di bayar... aku syorkan kat tertuduh tu untuk buat repot yang POLIS BINATANG tu telah salah guna kuasa, memukul sewaktu dalam lokap polis, dan teraniaya...

tapi dah tertuduh tak mau nak panjang panjang kes, trauma agaknya sebab kena tidur dalam lokap, dia tak mau buat repot... tulah yang aku nak cerita... panjang berjela sungguh entry aku... boleh buat drama.... kalau aku jadi tertuduh tu, fuhhhh... leh saman POLIS... kayo den

aku dipahamkan, kedai makan tu lesen meniaga pun tak dak... udang pulak busuk... lalat punya banyak... aduhai Tok Wi Grand Char Koew Teow... meniagalah dengan jujur... jangan tipu pelanggan...


Thursday 19 April 2012

jom berpolitik.....

politik ohhh politik... bahang pilihanraya umum dok rasa dah ni... hampa semua ada rasa dak... pilihanraya nak mai pulak dah... semakin dekat dah ni... hampa dah daftar mengundi ka..???

aku...????... biarlah rahsia... macam lagu Siti tu haaaa....

baru-baru ni aku diajak untuk menghadirkan diri ke majlis mesyuarat untuk salah satu parti politik kat Pulau Pinang ni ha... mesyuarat untuk tubuh cawangan baru kot kalau tak silap aku... jemputan ni mai dari salah sorang kawan niaga aku... dah lama jugak la aku kenal dengan dia...

kalau berkawan, aku tak pilih parti politik... sesiapa yang nak berpolitik, politiklah... lantak hampa laa... tapi bagi orang yang berniaga macam aku ni, tak elok rasanya kalau nak menonjolkan diri dalam sesebuah parti politik...

kawan yang jemput aku pi mesyuarat tu, kira kuat politiklaaa... taksub gila weiii... bab bodek, memang dia menang... serah kat dia... kalau tak silap aku dia ada pangkat kot... ketua bahagian rasanya... tapi dulu laaa kan...

la ni pangkat apa yang dia ada, aku tak tau la pulak... kalau aku jumpa dia, aku tak sembang bab politik... cuma dia sajalah yang dok memujuk rayu aku untuk jadi ahli parti politik satu ni haa....

dua minggu sebelum mesyuarat ni diadakan, dia punyalaaaa telepon aku, tak cukup dengan telepon, dia sms pulak... banyak jugak la sms yang dia hantaq tu... sampai pukul 2pagi boleh dia dok sms antaq jemputan mesyuarat tu kat aku... punyala berusaha nak ajak aku jadi ahli dia...

macam nak ajak aku buat bisnes MLM pulak... oh noooo....

dari telepon dia antaq sms... tak puas ngan sms, dia post pulak kat pesbuk aku... adoilaaa, pening sungguh aku nak layan manusia macam ni... tapi bagus sebab hang memang berusaha... berusaha bersungguh-sungguh sampai berjaya...

tapi adakah hang berjaya... jeng..jeng..jeng..

maaflah, aku tak berminat untuk berpolitik...

dan aku pun tak pi langsung mesyuarat politik apa kebenda semua tu...

hang tak pa la berpolitik, sebab hang ada kepentingan... bukan kepentingan saja, malah dapat keuntungan lagi haaa... kalau aku berpolitik, apa aku dapat... hang nak bagi apa kat aku...???? habaq mai kat aku sat...

fahaman aku, kalau aku berpolitik apa pun, aku tetap macam ni... tak ada keuntungan buat aku...

baik aku dengan bisnes aku... lagi menguntungkan...

Sunday 25 March 2012

kesedaran atau menutup periuk nasi orang....

SPRM


tadi aku ada tengok satu iklan kat tv... iklan yang GTP(Government Tranformation Programme) tu... iklan ni pasal salah laku perasuah... aku pun baru perasan tadi je pasal iklan tu...

nampak sangat la aku ni jarang tengok tv... ahh, lantaklah... ni bukan nak cerita pasal selalu ke jarang tengok tv...


aku rasalah kan, tak sepatutnya pihak SPRM tu nak muat turunkan nama nama pesalah rasuah ni... bukannya apa, antara pesalah pesalah tu, tak mustahil ada yang dah bertaubat... mungkin ada yang nak berubah, yang dah insaf...

ok, cuba bayangkan kalau pesalah rasuah tu dah bertaubat, pastu nak cari kerja baru, mesti susah... mesti pihak majikan tak nak pekerja yang dah ada rekod macam ni...

walhal si pesalah ni dah insaf dan bertaubat... bagi aku ni memang tidak adil... cukuplah nama nama pesalah rasuah ni di simpan di pejabat SPRM untuk rujukan pihak SPRM je...

SPRM patut pertimbangkan balik pasal muat turun nama pesalah ni... bagi aku memang tak wajar... tu dah kira menutup periuk nasi orang... memalukan tu...

ni pendapat aku ja ok... pendapat korang semua apa pulak... cer komen...

Saturday 24 March 2012

hati luka kecewa...huhuhu...

aduhai, sampai hari ni pun, dok rasa kecewa lagi... kecewa disebabkan oleh orang lain... bukan sebab kesalahan diri sendiri... sorry, patutnya entry ni aku buat kelmarin, tapi dah banyak sangat halangan, aku buat hari ni...

minggu lepas aku berurusan dengan seseorang di Kuala Lumpur... urusan nak beli kereta baru... eeee, bestnya... isteri aku pun senyum memanjang... kereta lama aku tak dak dah... selamat tinggal perdana kesayangan aku... alang alang kereta lama dah tak dak, hati ni pun apalagi, mula lah berangan nak tukaq kereta baru... manusia ohh manusia... dok kira nak tambah hutang saja yang tau...

nak buat macam mana kan, tak mampu nak beli tunai... terpaksalah beli secara hutang... alaaa, berapa banyak sangat orang beli kereta secara tunai kan, tak pun sebab kereta tu dah tak boleh di finance oleh bank, tu yang terpaksa beli dengan tunai...

lagipun kereta kat Malaysia ni MEMANG MAHAL MAHAL BELAKA...

ok, minggu lepas tu, aku berurusan dalam telefon je... tak larat aku nak turun KL banyak banyak kali... aku ada minat sebuah kereta ni, kereta second hand jaaa... tu pun mahai nak mampoih, bak kata aku tadi, kereta kat Malaysia sememangnya mahal...

setelah semua harga dah dipersetujui, aku pun mintak la fotostat geran kereta sekali dengan fotostat AP(Approval Permit) kereta tu... kereta luaq negara kalau nak masuk loan kat bank, kenalah ada AP tu...

keesokan harinya, tuan punya kereta yang nak jual tu pun email la kat aku fotostat geran kereta sekali dengan AP... aku pun apalagi, bergegas terus ke bank... member aku yang akan uruskan semuanya...

bank pun proses la permohonan pinjaman aku tu... sebelum proses, bank terpaksala buat pengesahan AP tu... mana la tau kot kot AP klon ka...

aku cek baki hutang kereta tu kat bank ada dalam lingkungan RM60ribu lebih la... kereta tu dia jual kat aku RM90ribu lebih... maknanya tuan kereta tu akan dapat duit balik lebih kurang RM30ribu lebih laa...

setelah semuanya ok, owner telefon bagitau yang dia dah jual kereta tu dekat usedcar... alasan yang dia bagi, dia tak boleh tunggu lama lama... awat berapa lama dah yang hang berurusan dengan aku... baru seminggu ja yang aku tau... awat hang ingat bank tu bapak aku punya ka, boleh approve sesuka hati... haram sungguh... awat hang tak boleh tunggu ka sehari ja lagi... atau hang memang terdesak duit sangat sangat...

kereta tu kereta import, terpaksala sahkan AP tu dulu wei... kalau kereta Proton ka, Perodua ka, senang... tak payah nak sah sah dah...

buat penat aku pi bank ja, rasa macam menyusahkan member aku pulak... awat hang tak telefon aku bagitau yang hang nak tolak kat usedcar... kan boleh ja hang telefon bagitau... aku pun ada duit laa kalau hang nak yang baki tu...

ni kes yang kedua... sebelum ni jadi dah sekali... sakit hati sungguh bila berurusan dengan orang macam ni...

Friday 23 March 2012

sunyi sepi...

aduhhh duhhh duhhh... tadi bila tengok ja traffic kat blog aku ni, sedih sungguh rasanya... sunyi yang amat amat sunyi... almaklumlah, dah sebulan lebih tak dak entry apa pun... sapa nak kebuloq mai tengok blog aku nih haaaa... dah la blog pun buruk...

lainla kalau aku ni blogger yang sememangnya dah terkenal tu haa...yang pemes macam artis ka, tak pa la jugak kan... kalau dah pemes, tak dak entry apa pun mesti pakat singgah jugak...

tak pa lah, pasni aku akan aktif balik untuk menulis kat blog buruk ni... sebelum ni aku sibuk... kalau dah sibuk tu maknanya blog dengan pesbuk ni semuanya lepas ke tepi... apa pun aku tak online...

lagi pulak, aku bukan blogger sepenuh masa...

ok lah, nanti nanti esok je lah aku buat entry baru... kepala pun tengah berserabut... jiwa menjadi kacau bilau sebab sesuatu yang aku impi impikan terlepas begitu saja... sakit hati sungguh...

sampai jumpa lagi esok... haaa, esok boleh aku up kan cerita impian aku yang terkubur tu...

tungguuuu...

Thursday 16 February 2012

de Pauh Garden...

salam semua... ni ha aku nak share satu kedai makan yang aku singgah sebelah petang tadi... kebetulan aku ada urusan kerja kat kawasan Seberang Jaya,Pulau Pinang... macam biasala, lepas penat bekerja, perut mestilah laparkan... mesti la kena isikan dengan makanan... kereta pun kena isi minyak petrol, baru mau jalan... orang lain makan tengahari pukul 12.00 ke pukul 2.00 petang... aku ni makan tengahari pukul 5.00 petang... mau tak kebulur... bukan apa, nak jimat... hehehehe... ada jugak orang macam ni kan..??? makan sekali je, sebelah malam makan lagi sekali... kedekut... silalah cuci cuci mata dengan gambar yang aku ambik ni... kalau rasa meleleh air liur tu, cepat lapkan... nanti cuba la lapang lapangkan diri berkunjung kat kedai ni...

ingat tadi aku nak cuba western food kat kedai ni, tapi disebabkan seharian perut aku belum diisi dengan nasi, terpaksalah makan nasi dulu... lain kali kena cuba western food pulak...

ni air yang aku order, sirap bandung... yg lagi satu tu, kepunyaan isteri aku... dia macam biasa la, singgah je lah kat kedai makan mana pun, mesti dia akan order teh ais punyalah... ni bukan hantu kum kum tapi hantu teh ais.... hehehehe


tengok nasi putih ni macam sikit je, macam tak cukup la pulak... tapi lepas makan, rasa macam tak boleh nak habiskan... Alhamdulillah... syukur dapat makan...


ni lauk pauk yang memang biasa akan aku pesan... ni kira yang basic la... tomyam campur, daging goreng kunyit, sotong masak pedas... telur dadar kena wajib ada... kadang kadang yang menu daging tu aku tukar ngan udang...


seminggu dua ni aku terlalu suka pulak nak makan mushroom soup... lagipun boleh aku kongsi dengan si momey... bagi aku soup ni tak menepati citarasa... pekat... agaknya tersilap resipi kot petang tadi...

ni je lah aku bagitau... patutnya entry ni aku post petang tadi, tapi disebabkan bila sampai je kat rumah, aku tersangatlah mengantuk, terus aku tidur... lepas makan je kat kedai terus rasa mengantuk... pelik sungguh... isteri aku pun sama...

nanti kalau aku tak boleh nak tidur, wajib pi makan kat kedai ni... confirm boleh tidur... hehehehe...