Thursday 19 April 2012

jom berpolitik.....

politik ohhh politik... bahang pilihanraya umum dok rasa dah ni... hampa semua ada rasa dak... pilihanraya nak mai pulak dah... semakin dekat dah ni... hampa dah daftar mengundi ka..???

aku...????... biarlah rahsia... macam lagu Siti tu haaaa....

baru-baru ni aku diajak untuk menghadirkan diri ke majlis mesyuarat untuk salah satu parti politik kat Pulau Pinang ni ha... mesyuarat untuk tubuh cawangan baru kot kalau tak silap aku... jemputan ni mai dari salah sorang kawan niaga aku... dah lama jugak la aku kenal dengan dia...

kalau berkawan, aku tak pilih parti politik... sesiapa yang nak berpolitik, politiklah... lantak hampa laa... tapi bagi orang yang berniaga macam aku ni, tak elok rasanya kalau nak menonjolkan diri dalam sesebuah parti politik...

kawan yang jemput aku pi mesyuarat tu, kira kuat politiklaaa... taksub gila weiii... bab bodek, memang dia menang... serah kat dia... kalau tak silap aku dia ada pangkat kot... ketua bahagian rasanya... tapi dulu laaa kan...

la ni pangkat apa yang dia ada, aku tak tau la pulak... kalau aku jumpa dia, aku tak sembang bab politik... cuma dia sajalah yang dok memujuk rayu aku untuk jadi ahli parti politik satu ni haa....

dua minggu sebelum mesyuarat ni diadakan, dia punyalaaaa telepon aku, tak cukup dengan telepon, dia sms pulak... banyak jugak la sms yang dia hantaq tu... sampai pukul 2pagi boleh dia dok sms antaq jemputan mesyuarat tu kat aku... punyala berusaha nak ajak aku jadi ahli dia...

macam nak ajak aku buat bisnes MLM pulak... oh noooo....

dari telepon dia antaq sms... tak puas ngan sms, dia post pulak kat pesbuk aku... adoilaaa, pening sungguh aku nak layan manusia macam ni... tapi bagus sebab hang memang berusaha... berusaha bersungguh-sungguh sampai berjaya...

tapi adakah hang berjaya... jeng..jeng..jeng..

maaflah, aku tak berminat untuk berpolitik...

dan aku pun tak pi langsung mesyuarat politik apa kebenda semua tu...

hang tak pa la berpolitik, sebab hang ada kepentingan... bukan kepentingan saja, malah dapat keuntungan lagi haaa... kalau aku berpolitik, apa aku dapat... hang nak bagi apa kat aku...???? habaq mai kat aku sat...

fahaman aku, kalau aku berpolitik apa pun, aku tetap macam ni... tak ada keuntungan buat aku...

baik aku dengan bisnes aku... lagi menguntungkan...

2 comments:

CD said...

kerana politik.... femes sekejap ek.. dpt mesej byk2... hahaha...

ataspagar said...

time nak guna kita je tu...cuba time yg tak mau guna,sunyi ja telepon tu...