Friday 6 January 2012

bangang, tapi teringin nak berniaga...

macam macam jenis peniaga ada kat muka bumi ni... bagi aku la kan, nak berniaga tu tak salah, tapi harus kena pada cara berniaganya... lagipun berniaga ni kan bagus... strategi perniagaan tu faktor utama bagi orang yang berniaga... kalau strategi tu tak betul, alamat bungkus laa perniagaan tu... kalau nak jadi peniaga yang berjaya, kena pandai pikat pembeli... bila pembeli dah terpikat atau tertarik, mesti barang yang nak dijual tu akan berjaya dijual...

aku pun berniaga jugak... tapi tak pernah la pulak nak guna cara yang macam peniaga ni guna... korang nak tahu strategi apa yang peniaga ni guna... haaaa.... jeng jeng jeng....

ni bukan gerai yang aku maksudkan tau... nanti korang ingat gerai ni pulak.. gerai yang aku cakap tu kecik sikit...

depan Nasmir ni la para peniaga dok meniaga barang masing masing... memang meriah...

kes ni berlaku di Penang... di kawasan Bandar Perda... bagi orang Penang, sudah semestinya tau dengan tempat yang aku maksudkan... setiap malam, para peniaga akan meniaga... macam macam ada, korang cakap je nak apa, semua ada... baju, handbag, jam, tudung, selendang, seluar, kasut, ahhh tak larat lah aku nak senaraikan... korang datang lah sendiri... kalau hujan je diaorang tak berniaga... tapi kalau dekat dekat nak raya, fuhhhhhh.... sesak weiiii... jenuh nak mencari parking...

ehhh, melalut pulak... kembali ke topik tadi... aku ni kalau dah mula menaip, mesti nak melalut...

aku tertarik meluat dengan satu gerai nih... apa yang dia jual tu, tak payah lah aku bagitau... barang yang dia jual tu, tak banyak persaingan... aku ada terdengar sesuatu semasa melintas gerai tu tadi... samada tauke atau pekerja yang cakap tu aku tak berapa pasti... aku bukan tau sapa pemilik gerai tu... kalau korang dengar, mesti korang semua meluat, mesti tak nak singgah kat gerai tu...

" yang comey, yang lawa, mai singgah, yang tak comey, tak lawa, boleh blahh"

apa perasaan korang bila dengar peniaga kata macam tu... tak kisah la yang kata tu pemilik atau cuma pekerja kat gerai tu... mesti korang takkan singgah kat gerai tu kan... aku bukan apa, yang meniaga tu melayu, macam tu ka cara anak muda melayu berniaga... tak seharusnya laa cakap benda macam tu...

tu ka cara nak tarik pelanggan... bagi aku tu cara nak halau pelanggan... nak berniaga, kena la beradab... kalau gerai korang tu cantik pun, tapi bahasa yang digunakan tu teramat teruk, pelanggan takkan singgah punyalah gerai korang tu...

ni lah kali pertama dalam hidup aku jumpa peniaga yang bangang macam tu... kerana mulut, perniagaan lingkup...

No comments: