Wednesday, 18 January 2012

bila ditinggalkan isteri....

aduhhh... perut dah krokk krekk berbunyi... tanda tanda aku tengah kelaparan ni... yang si momey aku ni pulak sedap je krohhh krohhh tidur... tinggal laa aku keseorangan yang tengah seronok berpoya poya dengan laptop cabuk nih...

isteri aku..??? huh malam ni dia kerja... maknanya dia akan makan kat luar dengan kawan kawan dia... aku pulak bedal je lah apa yang ada kat rumah ni...(tu pun kalau ada makanan)

dah la siang tadi beli bungkus je kat kedai... malam ni terlopong ternganga laa...

masak..??? memang tak la kalau nak kena masak... masak maggi tak pa... bukan apa, tak berbaloi je kalau aku nak masak...aku sorang je yang nak makan... nak pesan McD pun, semalam dah makan... takkan malam ni nak makan benda tu lagi... aduhaiii, beginilah nasib diriku yang kena tinggal...

pekena dengan maggi pun ok jugak...

krokkk krekkk... ehh, tak leh jadi nih... siren bunyi pulak dah... tahap kelaparan dah memuncak...

nak pi gerodek peti sejuk dulu ahh... mana tau kot kot ada makanan yang boleh aku melantak jap gi... hilang sikit tahap kelaparan aku ni...

ni je lah penyelamat aku malam ni...

haaa... terpaksalah mentedarah maggi yang sememangnya berbungkus bungkus di buat stok kat rumah aku ni...(bukan stok untuk bulan puasa tau)..hahahaha

maggi pun maggilah... janji kenyang... syukurlah dengan apa yang ada...

4 comments:

ciksufi said...

wife tak masak ka..sian..

ataspagar said...

kadang2 masak..kami sekeluarga selalu makan kat luar..lagi pulak cuma kami berdua saja yang makan..kalau masak pun selalunya bila hari cuti..boleh makan sampai ke malam..

whitecappuccino said...

Ala kesiannya..kedai kat luar tu kan banyak? tapi kopi tu mengancam! suka!!maggi memang perlu ada..walau tak elok makan selalu tapi..benda ni sedap!

ataspagar said...

kedai kat luar memang banyak..tapi dengan nak bawak anak kecil ni macam susah pulak...tambahan hujan pulak