Tuesday, 3 January 2012

bila diri rasa hebat...

kerana mulut, terus kena halau... nasib baik tak kena santau... hehehehe... itulah yang berlaku sebentar tadi... benda ni dah lama aku pendam... cuma tunggu waktu je nak meletuskan keceluparan mulut aku yang tak berapa nak celupar sangat ni... selagi aku mampu kawal nafsu amarah aku, aku akan kawal sebaik mungkin... padahal dalam hati sumpah seranah semua ada...
pi balik negara hampa

kalau dah namanya menumpang, buatlah cara menumpang... janganlah buat macam negara sendiri... kat apartment aku ni ada segelintir warga asing... masalahnya, suka membuat bising... bila malam menjelma, mulalah berkumpul 3,4 orang... pastu melalak tak henti henti... tak tau nak hormat jiran jiran... kalau nak melalak sekali pun, pi lah kat tempat yang jauh dari rumah orang... kat situ melalak lah sampai mati...
kerja elok elok, jangan buat hal..yang tak dak permit, shuh shuh... pi balik

selalunya warga asing ni melalak sebelah malam, mungkin diorang dah ubah waktu kot... maklumla, masuk tahun baru, dari malam melalak pulak sebelah siang... ingatlaa sikit, kat apartment ni ada warga tua yang nak berehat, ada bayi atau kanak kanak yang nak tidur...(anak aku lah tu)
lokasi warga asing berkaraoke kat apartment aku

kalau asyik dengar lagu yang sepatah haram tak paham tu, macam mana nak berehat, nak tidur... ni bukan medan pertandingan karaoke...
Tambah kapsyen

kemarin puak puak yang tak paham bahasa ni melalak dah sebelah petang, aku biarkan saja... aku boleh sabar lagi... tiba tiba, petang tadi melalak pulak... aku pun apa lagi, dah tak boleh nak sabar rasanya... selama ni aku dok tahan ja... mula mula aku jerkah ja dari tingkat 8 rumah aku ni... mungkin diorang tak paham kot... tak pun pekak... maklumla, bahasa depa tu pelik sikit... cakap tergeliat lidah... yang anak aku pulak menangis sebab tak boleh nak tidur... kalau dah bising macam pasar malam tu, mesti la tak boleh nak tidur...(pasar malam pun tak bising sangat)
budak budak yang mandi manda kat bawah pun tak bising...

aku pun dengan rasa bengang tahap apa pun tak tau la, terus turun dari rumah menuju ke pondok pengawal... nama ja ada pengawal, tapi macam tak dak pengawal... bukan nak ambik tindakan kalau dengar orang buat bising... nganga je lebih kat pondok tu...
cepat tutup mulut, jangan nganga...nanti lalat masuk

setelah beberapa ketika, akhirnya warga asing tu diam... lega sikit... boleh anak aku tidur... aku pun boleh buat entry... hahahahaha...

4 comments:

ciksufi said...

bahaya ooo..jgn dok pi cari pasai satg takut depa aim..

ataspagar said...

repot dekat guard lagi senang...tu je cara yang berkesan...

Lady Milo said...

haku memang hangin orang wat bising-bising ni, macam bapak dia punya tempat da...

just nak kongsi pengalaman..

http://lady-milo.blogspot.com/2011/12/tenant-from-hell-part-1.html

ataspagar said...

rasa macam nak perambat ja warga asing tu...