Thursday 5 January 2012

bila dah nampak dunia luar....

ni yang aku dapat masa dok online pesbuk tadi... salah sorang sahabat lama hantaq dekat aku... bila aku baca semua ni, aku tak nafikan, benda ni memang berlaku zaman sekarang ni...

KALAU SAYANG IBU, BACA LA , TAK LAMA PUN, 5 MINIT JE .
Orang kata aku lahir dari perut mak ! (Bukan orang kata , memang betul pun)
Bila dahaga, yang susukan aku, Mak
Bila lapar, yang suapkan aku, Mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku, Mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut, Mak
Bila bangun tidur, aku cari, Mak
Bila nangis, orang pertama yang datang, Mak
Bila nak bermanja, aku dekati, Mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah, Mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya, Mak
Bila nakal, yang memarahi aku, Mak 
Bila merajuk, yang memujukku cuma, Mak 
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah, Mak 
Bila takut, yang tenangkan aku, Mak 
Bila nak peluk, yang aku suka peluk, Mak
Aku selalu teringatkan, Mak 
Bila sedih, aku mesti telefon, Mak 
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahhu, Mak 
Bila bengang, aku suka luah pada, Mak 
Bila takut, aku selalu panggil, " Mmaaakkkk !!!! "
Bila sakit, orang paling risau adalah, Mak 
Bila nak exam, orang paling sibuk juga, Mak 
Bila buat hal, yang marah aku dulu, Mak 
Bila ada masalah, yang paling risau, Mak 
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni, Mak 
Yang selalu masak makanan kegemaranku, Mak 
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk, Mak 
Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku, Mak 
Yang selalu berleter kat aku, Mak
Yang selalu puji aku, Mak 
Yang selalu nasihat aku, Mak
Bila nak kahwin, orang pertama aku tunjuk dan rujuk, Mak 

aku tak nafikan semua yang kat atas tu memang betul... alaa, korang pun mesti macam tu kan... ngaku je lah... malu malu pulak... tetapi, bila pandai bercinta, bila dah ada boypren gepren, hilang la semua yang kat atas tu...

Bila ada pasangan hidup sendiri

berkepit macam belangkas...


Bila seronok, aku cari, Pasanganku
Bila sedih, aku cari, Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada, Pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada, Mak
Bila bahagia, aku peluk erat, Pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat, Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa, Pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah, Mak
Bila sambut valentine, aku bagi hadiah pada Pasanganku
Bila sambut hari ibu, aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu ”
Selalu, aku ingat Pasanganku
Selalu, Mak ingat kat aku
Bila-bila, aku akan telefon Pasanganku 
Entah bila, aku nak telefon Mak 
Selalu, aku belikan hadiah untuk Pasanganku
Entah bila, aku nak belikan hadiah untuk Mak

i lap u... u lap me...

Renungkan :

Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja, bolehkah kau kirim wang untuk mak...???

Mak bukan nak banyak, lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah...

Berderai air mata jika kita mendengarnya...

Tapi kalau mak sudah tiada...

" MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT ! "
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya ! Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya ! Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya ! Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya ! Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya ! Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya ! Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya !
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu . Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya . Kos upah membantu ibu :

1) Tolong pergi kedai : RM4.00


2) Tolong jaga adik : RM4.00

3) Tolong buang sampah : RM1.00

4) Tolong kemas bilik : RM2.00

5) Tolong siram bunga : RM3.00

6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca , si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya . Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama .

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu . Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata ,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya .

1 comment:

lyly said...

adat dunia....