Sunday 1 January 2012

sedapnyee mulut kau...

belum terlewat untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru untuk korang semua... peristiwa paling aku tak boleh lupakan masa tahun 2011 ialah kereta aku kena pecah... itulah kejadian paling malang dalam hidup aku sepanjang 2011...

satu hari aku keluarkan sejumlah duit dekat sebuah bank... jumlahnya boleh dikatakan banyak... selesai segala urusan, aku menuju terus ke kereta... aku terus agih agihkan duit tu mengikut jumlah yang aku nak guna sekejap je lagi...

mungkin ada mata mata yang memandang setiap gerak geri aku... akupun tak berapa pasti... aku keluar dari kereta untuk membeli sesuatu... bila kembali semula ke kereta aku, aku tengok cermin belakang sebelah sisi sudah berkecai... habis kaca cermin tu berterabur kat tempat duduk belakang... duit semuanya hilang...

mungkin bukan rezeki aku hari tu... malang sungguh...

aku terus ke balai polis... selepas laporan dibuat, aku ditemu bual oleh seorang anggota polis... berpangkat apa pun aku tak tau... yang pastinya dia ada pangkat... lagi pulak masa tu dia tak pakai uniform... setelah dia selidik dengan pihak bank, ternyata memang aku ada buat pengeluaran wang beberapa kali... semua laporan yang aku buat tu betul... tiada unsur unsur penipuan...

pegawai tu mintak pulak mykad aku... diperiksanya rekod jenayah aku... bersih... gambar kereta aku di ambil oleh pegawai bawahan dia...

tiba tiba...

ada seorang lagi pegawai polis tanpa uniform mengeluarkan ayat yang teramat bangang dekat aku... dia menuduh aku berpakat dengan perompak tu untuk melarikan duit aku tu... lagi 1, dia cakap ada bukti bahawa ada orang nampak aku berpakat dengan perompak... tapi, dia tak kemukan pulak saksi tu... ewahh ewahh, longkangnya mulut hang... suka suka hati tuduh aku macam tu... fuhhh, sakitnya hati bila kata kata tu terpacul keluar dari mulut dia... aku rasa macam nak bubuh penerajang je dekat muka polis tu... kecik je aku tengok muka dia...

aku dah la tengah berserabut dengan duit hilang, boleh pulak dia tambahkan lagi kekusutan kepala otak aku ni... kalau ya pun nak buat provokasi, tak payah la buat ayat macam tu... niat aku cuma nak buat repot... takut nanti ada mangsa lain pulak yang terkena macam aku... kalau la lepas aku buat repot tu, duit aku dapat balik, aku tak kisah hang nak kata apa pun... buat repot ka, tak buat repot ka, duit tu tetap aku tak dapat balik...

tugas korang terima repot aku tu, kalau tak nak terima... bagitau awal awal... aku pun tak sakit hati... macam ni kah sikap seorang polis... kau ingat bila kau tu polis, aku akan kecut ke... aku pun blah dari balai polis tu...

tapi sebelum keluar dari balai tu, ada jugak rasa macam nak maki je pegawai tu... mana budi bahasa hang wahai polis... macam ni ka mesra... ubah jelah tagline yang part mesra tu... buat malu je...

sakit hati betul... duit aku 15ribu polis bangang weii... kau ingat 15ringgit ke...

buat pegawai polis, tolong jalankan kerja hampa dengan penuh berdisiplin, bertanggungjawab, jujur, amanah, ikhlas...

6 comments:

whitecappuccino said...

Sikap orang yang macam ni buat kita bengang..sengaja nak sakitkan hati orang..ni yang kadang buat akak ringan jer mulut nak melawan dan menjawab balik kat orang macam ni..tapi kadang kita ni fikir jugak..tak nak la buat begitu.

ataspagar said...

mungkin diorang ingat hebat kot sebab undang undang kat tangan depa..

sailaaf said...

ish. teruk nya polis tu. skrg mcm2 la..15ribu tu bnyak kot..kejadahnya nk berpakat dgn perompak dah sah2 takde rekod jenayah ke apa kan

ataspagar said...

kalau nak berpakat dengan perompak,watpe sampai nak pecahkan cermin kereta..baik cakap kene ragut je.. tak payah nak kuarkan duit nak repair kete..bodoh sikit polis tu..

Emmet said...

polis tu memang bangang, buat je report kat balai lain

ataspagar said...

dah malas nak buat repot..lepas ni dah tak mau nak kerjasama dengan polis..kalau buat repot pun bukan boleh dapatkan balik duit tu..tak semua polis yg buat kerja dengan ikhlas..