Sunday, 4 December 2011

APA NAK JADI....

ini kisah syarikat telekomunikasi, telekomunikasi yang teruk sekali, macam mana aku tak sakit hati, canang sana sini depalah syarikat komunikasi yang gergasi, liputan meluas sekali, rupa rupanya kat cerok ni nak cakap telepon payah sekali, ada masalah apa pun aku tak reti... uihhh, macam syair la pulak...

dulu aku duduk kat satu kawasan dekat bukit mertajam ni, masalah yang teramat teruk ialah henpon tak dak line... pelik sungguh, negeri maju, tapi liputan telepon mundur... baik Maxis ka, Celcom ka, Digi ka, U-Mobile ka, semua sama ja... menyusahkan betul... macam ni ka syarikat telekomunikasi yang gergasi... syarikat ja gergasi, tapi coverage jenuh kena cari... kalau dah telepon pun payah nak ada line, berokben lagi la tak dak...




nasib baik la ni aku dah pindah dok penang... dapat lari dari semua masalah tu... aku ni orang berniaga, telepon tu dah jadi macam bini aku... jangan kata aku, telepon tu dah jadi benda penting bagi orang lain... ni dengaq dengaq nak naik cukai perkhidmatan lagi... nahhaiii... jenuh la

kan best kalau tempat aku duduk dulu tu ada ja coverage...harap harap pihak yang berkenaan tu cuba pertingkatkan kualiti perkhidmatan... jangan dok kira nak tibai duit orang ja...

2 comments:

ciksufi said...

biasa la...

ataspagar-ataspagar said...

ni bukan perkara biasa,ni luar biasa...