Monday 19 December 2011

apa punya soalan laaa...

macam mana aku nak mula cerita ni haa... ok ok, dapat dah...

isteri aku dapat satu surat untuk temuduga jawatan pembantu tadbir... kerja kerajaan tuu... aku apa lagi, bagi la sokongan kat isteri aku ni... aku rasa lama sangat dah isteri aku isi form untuk kerja kerajaan ni, ni baru dapat surat temuduga... syukur, Alhamdulillah... baru ada rezeki kita kot... ayat nak penyedap hati isteri...

pembantu tadbir pun pembantu tadbirlah... janji kerja kerajaan...

isteri aku ada la sikit perasaan kecewa... ialah, orang ada diploma la katakan, keja sekarang ni pun dok dapat gaji banyak... lebih 4,5 kali ganda dari pembantu tadbir tu... pembantu tadbir tu kira kerani lah noo... walaupun kerja ni gajinya sikit, aku tetap sokong isteri aku sebab kerja ni terjamin... bukan senang oooo nak dapat kerja kerajaan dan aku tak memperlekahkan orang yang kerja pembantu tadbir ok..!!! bagi aku, kerja apa pun tak pa... yang penting kerja yang kita buat tu HALAL...

tibalah hari untuk temuduga... dengan semangat yang tinggi, demi untuk bagi sokongan kat isteri aku, aku pi la hantaq dia untuk pi temuduga tu... padahai kalau isteri aku nak pi sorang pun boleh... sayang bini weiii... huhuhu...

selepas beberapa jam menunggu, isteri aku pun selesai temuduga tu... aku tengok ada la reaksi hampa kat wajah isteri aku yang cun melecun ni... up dia sikit... hehehehe...

masa dalam kereta nak balik rumah, aku tanya la kat isteri, orang yang temuduga tu tanya apa..???? boleh ka jawab..??? maklumla, semalaman dok menghafal fakta fakta pasai kementerian tu...

semua soalan yang penemuduga tu tanya isteri aku boleh jawab... (kira ok ler tu)

cuma...

cuma....

cuma soalan terakhir ja yang tak sepatutnya di tanya...

penemuduga tu tanya ada tak saudara mara yang kerja dekat kementerian ni, maksudnya mak, ayah, abang, kakak, adik, sepupu sepapat, kupu kupu, semuala... tak larat nak sebut...

dengan jujur sejujurnya isteri aku menjawab TIADA...

aku pun pelik, kenapa harus tanya soalan tu.... atau adakah kalau nak kerja kerajaan ni, kena pilih saudara mara ka... atau kena ada rujukan... kena ada orang rekemen kot

kawan kawan aku selalu bagitau kalau nak senang dapat kerja tu kena ada KABEL... lagi besaq KABEL, lagi senang... ohh, macam tu rupanya...

takkan la pemegang diploma tak layak nak dapat jawatan kerani tu... nak pemegang ijazah ka, atau nak kena ada hubungan persaudaraan baru layak...

kesian kat isteri aku... mungkin tak dak rezeki isteri aku nak kerja kerajaan...

1 comment:

brat2104 said...

huhu.. tak pernah pulok aku dpt soalan tu... tapi pesan kat irteri ko jgn putus asa.. rata2 org apply 10x baru dpt keje gomen ni (aku sendiri 4 thn tggu).. bukan apa, ramai yg minta.. teruskan mengapply.. n GUDLAK! =)