Tuesday, 13 December 2011

kalau laa aku dapat....



hari ni bini aku cuti, aku pun tumpang cuti sama laa... nak heran apa, aku ni kerja sendiri, tak terikat dengan sapa sapa... lantak aku la nak kerja ka nak cuti ka... bini aku plan nak masak tomyam.... bersemangat gila nak masak tomyam, acewahhh.... nak bodek apa pun tak tau laa... ada makna tuu...

tapi aku malas nak pi beli serai dengan daun limau purut... hahahaha... sian bini aku, terbantut keinginan dia nak masak tomyam harini.... kalau kat kampung senang, boleh aku pi cabut kat belakang rumah tu... ni dok apartment nak pi cabut tang mana, cabut bulu boleh laa.. kuang kuang kuang...

harini makan kat luaq ja la, senang sikit... tak payah nak mencuci pinggan mangkok... dah cuti, jom kita pi jalan jalan.... lagipun si omey (panggilan untuk anak aku yang comey) ni dah lama tak keluaq makan angin...

baru keluaq dari rumah, bini aku ajak pi makan terus.... katanya lapaq tak sangga dah... kedai yang dekat dengan rumah semua dah tutup... mana taknya, pukoi 4 petang baru nak mengkedarah.. gila ka hapa...

last last pi makan kat tepi laut tu, yang dekat dengan jeti nak pi pulau jerejak... apa nama tempat tu aku pun tak tau... yang aku tau, kat situ banyak kedai tenggek...

makan pun habih dah, dah belehak semua, perut pun dah boroi sikit, kami pun blah laa dari situ... destinasi seterusnya Gurney... nak pi buat apa pun aku tak tau... nak pi Queensbay Mall pun, selalu sangat dah... dalam perjalanan nak ke Gurney, tetiba kami dengaq bunyi siren kereta polis... wiu wiu wiu wiu....


laju gila polis ni bawak.... bukan sebiji dua, kereta peronda waja tu saja ada dekat 5 buah... pelik... bini aku lagi la pelik... dalam polis polis ni dok menyelit, ada sebuah treler kontena pun dok selit sama... siap ikut rapat pulak dengan polis tu... belakang treler kontena tu ada lagi kereta peronda polis...

wehhhhh, pasepa yang treler kontena ni boleh dok menyelit pulak ni... bini aku kata ada penjenayah kat dalam treler kontena tu... hahahaha... pandai bini aku buat lawak...

aku cubala nak ligan tengok, rasa payahla pulak sebab depa ni boleh selit menyelit... aku terbelit kat lampu isyarat... lampu merah pun depa belah buat bodo ja... kalau aku blah ikut depa, mau kena saman sebab langgaq lampu isyarat... dah la saman bercambah... satgi tambah pulak lagi 1 saman, tak ke haru...


bila aku sampai dekat Bank Negara Malaysia Pulau Pinang, semua kereta peronda polis tu ada kat situ, termasuk laa treler kontena tadi tu... polis polis semua dok siap sedia, siap dok tala M16 la... treler kontena tu bawak duit rupanya, tak pun nak pi ambik duit kat bank negara tu...


uihhhhh, cuba bayangkan banyak mana laa duit kat dalam kontena tu... ni bukan van keselamatan, ni kontena... besaq weii... berapa banyak aku tak tau laa... kalau laa kontena tu mai parking kat rumah aku, tak terkira duit tu... silap silap seminggu pun aku tak habih kira duit tu lagi... kalau la aku dapat... fuhhh.... orang yang paling gembira bini aku laa, hari hari dok kira nak joli jaa....

2 comments:

sabree hussin said...

ui ada banyak2 pun nak buat ape? susah nak simpan and nak jaga nanti.. dah nak kena ada polis siap dengan M16 nak kena escort duit2 tu semua

ataspagar-ataspagar said...

silap silap kena dok berjaga siang malam dekat duit tu,takut kena rompak...