Sunday 18 December 2011

kuasa Allah yang tak dak sapa mampu lawan....

sehari kemarin aku tak dak aktiviti apa kat rumah, cuma dok tengok tv sambil dok melayan karenah momey yang buas tak terkata ni... sambil sambil dok tengok tv tu, aku dok bejalan jalan kat blog orang... tak dak kerja sangat lah tu...

ada satu tajuk yang menarik perhatian aku.... memang aku tertarik laa... bukan tertarik sebab blog tu cantik, ni pasai tajuk dan juga gambaq.... macam tak percaya pun ada, tapi kena percaya jugak... sebab ni kekuasaan Dia... Dia yang berkuasa.... tak kira, aku nak boh jugak entry ni walaupun hampa semua baca dah...

ni pasai janin yang baru berusia 15minggu hidup di dunia.... tak mustahilhan... semua tu kekuasaan Dia... kisah ni bukan kat Malaysia, tapi kat luaq negara....

Hanover, jerman – Gambar yang anda lihat ini adalah gambar janin yang dilahirkan ketika umurnya baru sahaja 15 minggu. Hanya dengan sekecil dan semerah itu, dan mempunyai berat 10.5 ounce, janin yang diberi nama Kimberly Mueller. Apakah harapan ayah dan ibunya ketika itu?

Janin ini dibenarkan bersama ayah ibunya seketika selama beberapa saat sahaja sebelum dibawa pergi oleh pakar penyelamat yang bertungkus-lumus menyelamatkannya. Apa yang boleh dibisikkan oleh ayahnya hanyalah ‘Kimberly, you can do it baby”….

Harapan cuma 1:1000. Doktor pakar jantung yang merawatnya berkata, peluang untuk hidupnya sangat tipis. Namun begitu, bayi ini terus meredah liku-liku hidupnya dengan penuh tabah.







selepas 6bulan dipantau rapi, janin ini sudah boleh dipanggil bayi... bayi ini dibenarkan pulang ke rumahnya... begitulah kekuasan Allah SWT Yang Maha Esa

bila tengok kisah ni, selalu dok teringat masalah yang dok melanda negara kita sekarang ni... masalah buang bayi, bunuh bayi, campak bayi, kelar bayi... macam macam laa... macam mana depa sanggup buat benda macam tu... tak dak hati perut gamaknya kot no... masa buat kemain pandai, bila beranak buang merata rata... dunia ohh dunia... kiamat sudah dekat weiii....

2 comments:

r-5 said...

kuasa Allah tiada siapa yang dapat jangka..

ataspagar said...

betul2...