Sunday 18 December 2011

jurujual PERODUA yang sial....


seseorang mengadu dekat aku yang dia telah ditipu oleh seorang jurujual kereta dekat PERODUA cawangan Jitra... jurujual ni seorang perempuan... hebat jugak dia ni kalau sampai tahap menipu duit pelanggan...

kisahnya begini, pengadu ni nak beli sebuah kereta perodua baru dari jurujual betina tak guna sekoq nih... dah selesai berunding semua, dah masuk loan, loan pun dah lulus, maka sampai laaa kemuncak hari yang dinanti nantikan tu...

si betina tak guna tu pun bagitau la yang kereta tu dah siap untuk dibawa pulang... si pembeli ni apa lagi, melompat keriangan la... mana taknya, nak dapat kereta baru... boleh la melaram dengan kereta baru...

selepas seminggu dapat kereta baru, si betina yang tak guna ni hubungi la si pembeli... katanya si pembeli kena buat advance payment dekat bank untuk dua bulan... kalau sebulan kena bayar rm455, maka dua bulan jadilaa rm910....

kata si betina tu lagi, bank yang nak advance payment tu, sebab tu ialah syarat yang tertera dekat perjanjian sewa beli... maka si pembeli pun cari la duit rm910 yang dikatakan advance payment tu...

selepas 3bulan dok melaram dengan kereta baru tu, sampai la pulak surat dari bank yang mengatakan si pembeli gagal untuk membayar bulanan kereta selama 3bulan... pembeli ni pun terkejut beruk la sebab dia dah buat advance payment untuk 2 bulan, kalau nak kira cara bodo la kan, pembeli ni cuma tertunggak 1 bulan sajalaa...

pembeli tak puas hati, dia terus hubungi bank... setelah diselidik semua, rupa rupanya si betina ni tibai kat dia duit advance payment yang jumlah rm910 tu... banyak la jugak bagi mereka yang tak berada ni... bagi yang kaya, tu mungkin jumlah yang kecil...

pembeli ni cuba hubungi betina tu, langsung tak jawab pulak.... sms pun tak balas dah... bila hubungi tempat kerja betina ni, betina ni dah tak kerja kat situ lagi... sebab dia bermasalah... banyak pelanggan yang kena tipu.... taktik yang dia guna ialah submit loan 2 kali, yang pertama loan lulus bersyarat iaitu harus ada advance payment... yang kedua loan lulus tanpa syarat... jadi si betina ni guna syarat yang pertama untuk dia sapu duit advance payment tu... padahal pembeli ni tandatangan kat perjanjian loan yang kedua, yang tiada apa apa syarat tu... pandai betina ni... macam sial...

benda ni akan terbongkar lebih kurang 3bulan selepas pembeli guna kereta, sebabnya bank akan hubungi kalau gagal buat bayaran selama 2bulan atau 3bulan...

malang sungguh nasib sahabat aku ni.... pilihan terakhir, buat repot polis je....

tu pun belum tentu ada hasil... yang pasti, pembeli tu terpaksa la cari duit untuk selesai tunggakkan tu dulu.... kalau tak bayar, nanti kereta kena tarik pulak... tak boleh nak melaram lagi....

kalau nak cari rezeki tu, cari la yang halal... nak bagi makan ahli keluarga hang weiii... tak berkat hidup hang, ramai yang dok menyumpah...

sepandai pandai hang, hang akan kena jugak nanti... la ni hang bebas dulu puas puas, nanti rasa la.... baru bertemu buku dengan ruas...

No comments: