Thursday 1 December 2011

BARU SESAT SEMALAM....

macam macam cerita dengan politik kat Malaysia nih haa... semalam aku ada tengok berita kat 1 saluran tv nih,selama ni aku tak penah plak nak tengok berita... aku tak ambil tau sangat pasal berita berita kat tv ni... selalunya aku main main dengan anak ja time berita kat tv tu, tak pun aku buat hal aku sendiri...

dah semalam aku sekeluarga balik rumah mak mentua, pastu tak dak apa pulak nak buat, time berita plak tu, jadi tengok je lah berita... kami sekeluarga dok telopong la kat depan tv, sekali ngan mak mentua aku... berita plak bukan ada cerita pasai apa pun, yang banyak pasai persidangan 1 parti politik ni jaa... macam live plak persidangan tu...



best jugak tengok persidangan ni... bukan best apa, syokkk tengok gelagat para peserta yang turut sama persidangan tu... besorak sakan, hang kutuk aku, aku kutuk hang, macam macamlah... tak larat aku nak gelak...

tengah dok begelak sakan nih,tetiba kami semua senyap, tergamam... ni kerana salah sorang yang berucap kat pentas tu ada kutuk 1 parti politik nih... kalau tak silap aku, dia kata parti ni bukan parti islam, parti ajaran sesat, macam macam lah... aku pun tak ingat sangat apa yang dia kata...



wowwww.... hebat ucapan dia... ramai yang bersorak

ishhh ishhh ishhh, yang aku tau parti ni dah lama dok memerintah 1 negeri kat belah pantai timur sana... ni maknanya negeri tu telah sesat la, hehehehe... sebab negeri tu diperintah parti ajaran sesat nih... aku pernah la pi negeri tu, dah aku pernah tersesat jalan... hahahaha.... aku tengok negeri tu aman makmur ja, ketua negeri tu pulak bukan calang calang orang oooo... alim ulamak lagi... alimun basirun kata bini aku... kalau dah parti politik ni sesat, awat la yang rakyat bodoh sangat sampai dok bagi depa yang sesat ni memerintah lama lama... jangan jangan semua rakyat kat negeri tu dah sesat...betul kaa sesat...???

dalam kes ni aku tak mau nak kata apa... kalau aku kata satgi payah pulak...apa apa pun, aku tetap macam ni... jangan aku pulak yang sesat dah laaa...sesat jalan tak pa, boleh tanya orang...



No comments: